JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 18, 2009

Satu Tong Gas = RM 100 ?



KUCHING 17 Jun - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyeragamkan harga barang keperluan asas di seluruh negeri ini menjelang 2012.

Pengarah KPDNKK Sarawak, Ahmad Nasir Khosri berkata, usaha untuk menyeragamkan harga barang keperluan itu sedang giat dilaksanakan ketika ini atas keprihatinan kerajaan terhadap nasib pengguna di luar bandar.

Menurutnya, pihaknya akan terlibat secara langsung dalam merealisasikan penyeragaman harga tersebut yang dijangka dapat diselaraskan menjelang 2012.

''Harga barangan di luar bandar adalah terlalu tinggi sedangkan purata pendapatan penduduknya adalah rendah.

''Bayangkan kesukaran mereka untuk mengumpul wang semata-mata untuk membeli sekampit beras atau mendapatkan sebuah tong gas," katanya di sini semalam

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Penurunan Harga di pasaraya Choice Super Mall di sini.

Ahmad Nasir berkata, dengan penyeragaman itu nanti segala kos pengangkutan untuk membawa semua barang keperluan ke bahagian pedalaman negeri ini akan dibiayai oleh pihak kementerian.

Oleh itu, ujarnya, pengguna di luar bandar akan menikmati harga yang sama dengan penduduk yang tinggal di bandar.

''Selepas ini pengguna di luar bandar akan menikmati harga yang sama di semua kawasan termasuklah kawasan yang paling sukar untuk dicapai," tambahnya.

Ahmad Nasir berkata, biarpun hasrat untuk menyeragamkan harga barangan keperluan di seluruh negeri akan direalisasikan dalam masa tiga tahun lagi, usaha ke arahnya telah pun bermula.

''Kerajaan berharap penduduk yang berada di luar bandar boleh menarik nafas lega dengan pengumuman ini dan bersabar sehingga projek itu terlaksana," katanya

Buat masa sekarang, barangan keperluan harian di Sarawak dijual dengan harga yang berbeza-beza di beberapa kawasan disebabkan oleh kos pengangkutan dan faktor geografi.

Contohnya, tong gas dijual dengan harga RM24.50 di Kuching, RM28 di Lundu dan RM30 di kawasan yang lebih jauh daripada itu, malah di sesetengah kawasan boleh mencecah sehingga RM100 seperti Bario dan Ba' Kelalan.

No comments: