JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 30, 2009

KEMELUT KEADILAN SABAH - CADANGAN PENYELELESAIAN


Azmin Ali telah dilantik oleh Presiden PKR sebagai Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Negeri Sabah yang baru bagi menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini mengambil alih jawatan tersebut daripada Haji Ansari Abdullah selaku Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah.

Memandangkan perlantikan Haji Ansari Abdullah selama dua tahun telah tamat tempoh, namun mungkin beliau enggan dilantik semula kerana bebanan kerja sebagai Peguam atau kerana ramai Ketua Bahagian PKR tidak mahu perlantikan Ansari dilanjutkan menyebabkan Anwar terpaksa menggantikan Ansari buat sementara waktu.


Dari segi hirarki, Datuk Dr.Jeffrey Kitingan, selaku Naib Presiden Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR Pusat (yang dilantik) manakala Haji Ansari Abdullah, merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Kepimpinan Tertinggi PKR Pusat (yang dipilih).

Ketika Haji Ansari Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Sabah pada tahun 2008, dua peneraju PKR Sabah ini disifatkan tidak sebulu dan tidak sehaluan walaupun mereka boleh duduk satu meja atau dalam suatu majlis yang sama.

Presiden PKR pun menyedari perkara ini berlaku, lalu Presiden mewujudkan jawatan baru iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pemandu menyebabkan 'Pemanduan' PKR Sabah semakin tidak terarah kerana ketika itu Sabah mempunyai Pengerusi Perhubungan Negeri dan dalam masa yang sama turut mempunyai Pengerusi Steering Commitee.

Dua Singa di Satu Gunung atau Dua Boss dalam satu Negeri begitu merumitkan kerana lazimnya hari ini
Mesyuarat Perhubungan Negeri maka esoknya pula diadakan Mesyuarat Steering Commitee sehingga menyebabkan Ketua Bahagian pun berbelah bahagi dan berkecamuk kerana mesyuarat membincang perkara yang sama, tetapi keputusan berbeza.

SALAH.... Cara terbaik untuk menumpaskan musuh ialah di luar gelanggang dan bukannya di dalam gelanggang, tetapi PKR masih mengamalkan cara lama iaitu masuk gelanggang baru mahu belajar silat sedangkan musuh menggunakan peluru yang tidak bermata.

Masalah bertambah serius apabila Kawasan Pilihanraya Parlimen yang Ketua Bahagiannya tidak berpihak kepada Grup A atau Grup B, maka Steering Commitee menubuhkan Badan Penyelaras Kawasan Pilihan Raya.

Ketua Bahagian ada, tetapi seperti tunggul mati kerana tidak berfungsi sehingga semua kerja Ketua Bahagian dilaksanakan oleh Penyelaras Kawasan Pilihanraya.

Apabila tiba Pilihanraya Umum ke 12, Pengerusi Perhubungan Negeri menghantar senarai Calon yang menyenaraikan nama calon terdiri daripada dari Ketua-Ketua Bahagian.

Namun Steering Commitee pun turut menghantar senarai calon yang terdiri daripada Penyelaras Kawasan
Pilihanraya sehingga menyebabkan terjadi 'ribut dalam cawan' kerana masing-masing berebut mahu menjadi calon untuk diri mereka sendiri.


Mahu tidak mahu, pucuk pimpinan PKR Pusat terpaksa mencari jalan mudah iaitu "Main tangkap muat sahaja" sehingga tertangkap 'pemandu teksi' dan paling aneh 'penganggur' pun berpeluang menjadi calon sekalipun tidak mampu membeli rokok sendiri.

Maka calon PKR pada pilihanraya lalu terdiri daripada 'Ahli-Ahli Mesyuarat Kedai Billiard' dan amat mengejutkan di Sepanggar pula tertangkap 'Kaki UMNO'.

Selesai pilihanraya, mantan calon (laki bini) dapat biaya tiket percuma pergi/balik KL- Jakarta dari Menteri UMNO kerana bila perahu karam, ikan Yu pun kenyang.

Calon-calon PKR yang lain pandai berlakon kerana sebelum dipilih menjadi calon, mereka kata ada banyak wang dan mampu bayar sendiri wang pertaruhan dan wang kempen. Tetapi sebaik sahaja diumumkan sebagai calon, semua peruntukan diminta dari PKR Pusat.

Hendak membuat pondok panaspun calon tidak mampu dan mengemis daripada PKR Pusat bak kata pepatah 'pilih-pilih langsat, terpilih pula yang paling bangsat' seperti tangkap ikan tamban di Teluk Likas. Hasilnya selepas peti undi dibuka, PKR yang sebelum ini menggelarkan diri mereka 'Hero' hanya dapat ZERO!.

Sebenarnya Datuk Dr.Jeffrey dan Haji Ansari, kedua-dua pemimpin ini boleh dibentuk menjadi pemimpin yang baik, tetapi yang jahatnya pula ialah penyokong atau kaki ampu kedua belah pihak.

Dari pihak Datuk Jeffrey, Kadazan Dusun dan Murut (KDM) dan segelintir Bumiputra Islam suka mengambil kesempatan dan menjadi batu api, walaupun api yang dipasang tidak menyala tetapi cuba untuk membuat kedua pemimpin ini berasap seperti api dalam sekam.

Dari pihak Haji Ansari pula, Bumiputra Islam dan sedikit KDM juga memainkan peranan sebagai 'pengadu domba' sehingga akhirnya seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai.

Kita pun berfikir, sampai bila Azmin Ali mahu jadi Pengerusi Majlis Kepimpinan PKR Negeri Sabah? Bukan kita tidak percaya kepada kepimpinan Azmin di Sabah, tetapi beliaui mempunyai tanggung jawab yang sangat berat di kawasannya sendiri dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia yang memerlukan khidmatnya.

Suatu hari nanti, Azmin Ali akan menyerahkan kepimpinan PKR kepada orang Sabah tetapi kepada siapa mahu diserahkan kepimpinan PKR Sabah? Kalau diserahkan kepada Haji Ansari, orang KDM tidak semua setuju dan Bumiputera Islam juga tidak semua setuju.

Kalau diserahkan kepimpinan PKR kepada Datuk Dr.Jeffrey pula, Bumiputera Islam tidak solid menyokong Datuk Dr.Jeffrey, ada juga KDM pun tidak senang dengan beliau.

Mungkin tanggapan saya ini tidak disenangi oleh Dr. Jeffrey dan Haji Ansari, tapi yang pasti, hakikatnya begitu lah sebenarnya berlaku

Kenapa tidak Datuk Dr. Jeffrey dan Haji Ansari mengadakan perundingan di Meja Bulat untuk mencari satu formula yang boleh diterima oleh kedua-dua belah pihak antaranya semua kawasan KDM dijaga Datuk Dr.Jeffrey dan semua kawasan Bumiputra Islam dijaga Haji Ansari dan kawasan Cina pula dijaga Datuk Kong Hong Ming.

Formula ini adalah antara yang terbaik buat masa ini kerana akan dapat memperkukuhkan PKR dari luar dan dalam kerana mereka menjaga kawasan masing-masing untuk menampan serangan jentera pilihanraya UMNO atau BN yang menggunakan semua jentera kerajaan.


Walaupun cara sebegini tidak terdapat dalam perlembagaan PKR, kerana ianya Formula Unik khas untuk Sabah, selagi tidak bercanggah dengan Perlembagaan Parti, maka ianya hendaklah digunapakai kerana selama inipun perlantikan Jawatankuasa Pemandu pun tidak menyalahi tata etika dan Perlembagaan Parti.

Persoalan paling utama atau pokok perjuangan, ialah PKR mesti menang dan merampas Kerajaan Negeri Sabah melalui kesepakatan dengan Pakatan Rakyat dengan syarat wujud kerjasama pandu antara tiga etnik utama untuk menambah koleksi negeri yang dikuasai PKR dan Pakatan Rakyat.

Dari kacamata: HALIK ZAMAN

No comments: