JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, June 27, 2009

Madu Lebah Palsu


KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Jika anda pernah membeli madu lebah di sini atau di Kundasang dan Ranau, pastikan ianya bukan produk palsu keluaran satu kumpulan yang kegiatan mereka terbongkar semalam.

Empat lelaki berumur antara 30 dan 70 tahun diberkas di Kampung Ketiau, Putatan dekat sini, dalam satu serbuan oleh pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam.

Pasukan penguatkuasa kementerian itu yang disertai wakil Jabatan Kesihatan dan polis, membuat serbuan itu pada 10 pagi hasil maklumat orang ramai dan intipan selama tiga minggu, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDNKK Rosle A. Hamid kepada pemberita di sini Jumaat.

"Pemeriksaan mendapati madu lebah yang dihasilkan kumpulan itu sebenarnya mengandungi gula pasir yang dimasak," katanya.

Madu lebah palsu yang dikeluarkan oleh kumpulan itu kebanyakannya diedar di tiga daerah itu yang juga merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Antara barang yang rampas dalam serbuan itu ialah 38 botol madu lebah palsu, 13 karung botol kaca kosong dan tiga unit dapur memasak.

No comments: