JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 29, 2009

Tangguh ke Sarawak - TKM


KUCHING, 29 Jun (Bernama) -- Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr George Chan menasihati pelajar Sarawak yang sedang belajar di Australia supaya menangguhkan kepulangan mereka buat sementara waktu berikutan empat kes Influenza A (H1N1) disahkan berlaku di negeri ini termasuk tiga kes yang melibatkan pelajar di Australia dan seorang warga Australia.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Negeri berkata nasihat tersebut sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk menyekat penyebaran dalaman wabak H1N1 yang juga dikenali sebagai selesema babi di Sarawak.

"Mereka yang sedang belajar di luar negara termasuk di negara yang berisiko tinggi mengalami wabak seperti Australia dinasihat agar tidak pulang sehingga segalanya selesai.

"Bukan sebab kita tidak mahu mereka pulang tetapi sekiranya ibu bapa mereka begitu sayangkan mereka, ibu bapa boleh melawat mereka di sana," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Dr Chan berkata semua pengunjung luar dan rakyat tempatan yang pulang dari luar negara perlu mengisi maklumat pada borang pengisytiharan kesihatan mereka dengan tepat.

Beliau berkata kes terbaru di Sarawak melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang diuji positif H1N1 hari ini selepas dimasukan ke Hospital Umum Sarawak di sini.

Pelajar tersebut baru pulang dari Brisbane dua hari lalu melalui Kuala Lumpur menerusi penerbangan AirAsia.

Dr Chan berkata pihak kesihatan sedang mengesan kesemua 25 penumpang dan lima kru kabin pesawat tersebut.

Enam anggota keluarganya juga dikuarantin di rumah sehingga 4 Julai.

Beliau berkata lapan anggota keluarga kepada pengidap kes ketiga yang berupa seorang pelajar lelaki berumur 17 tahun, seorang doktor dan dua kakitangan klinik swasta juga dikuarantin di rumah ekoran kes tersebut

Pelajar itu dimasukkan ke Hospital Bintulu selepas pulang dari Melbourne ke Bintulu melalui Kuala Lumpur Khamis lalu.

Dua kes lagi melibatkan pelajar lelaki berusia 23 tahun yang pulang bercuti dari Melbourne dan seorang wanita Australia berumur 26 tahun yang telah dibenar keluar dari Hospital Umum Sarawak.

Dr Chan berkata Jabatan Kesihatan Negeri akan mewujudkan klinik saringan di Santubong, venue berlangsungnya Festival Muzik Hutan Hujan dari 10 hingga 12 Julai yang dijangka dihadiri ramai pengunjung luar dan tempatan.

Beliau berkata alat pengimbas akan turut diletak di lapangan terbang Bintulu, Miri dan Sibu secepat mungkin.

Sebuah mesin pengimbas sduah ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, katanya.

No comments: