JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 22, 2009

Najib Kata Selamat Hari Bapa

Seperti Hari Ibu yang diterima dan disambut setiap tahun oleh rakyat Malaysia, hari Ahad ketiga pada bulan Jun amat dinanti-nantikan oleh ramai daripada kita semua untuk menunjukkan penghargaan kepada kaum bapa dan tokoh bapa kita

Penglibatan secara aktif dan positif seorang bapa dalam kehidupan anaknya akan meningkatkan kemungkinan pembangunan dirinya untuk menjadi seorang dewasa yang berguna

Ia bukan tentang pemberian hadiah-hadiah yang mewah dan harta kekayaan.

Ia lebih kepada melengkapkan anak itu dengan alat, nilai dan asuhan yang betul untuk memastikan kesejahteraan mereka setelah meninggalkan keselesaan jagaan ibu dan bapa

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah; sebagai bapa kita seharusnya tidak lupa supaya sering mengambil tindakan yang proaktif dalam aktiviti anak-anak kita, baik dalam aktiviti sekolah, hobi, sukan mahupun pertandingan yang mereka sertai.

Pada akhirnya, anak-anak kita akan menjadi warisan dan bukti sejauh mana yang telah kita tempohi untuk mencapai kemakmuran dan perpaduan bagi negara ini

Merekalah yang akan menikmati hasil 1Malaysia dan memenuhi hasrat kita untuk menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya.

Sejauh mana kemajuan mereka pada masa hadapan bergantung kepada bimbingan yang kita berikan kepada mereka sekarang. Bimbinglah dan pada masa yang sama nikmatilah setiap detik berharga yang dilalui oleh seorang anak.

Saya percaya ramai daripada anda, seperti juga saya, telah kehilangan seorang bapa. Lawatan saya ke China baru-baru ini, sebagaimana yang telah saya sentuh dan lawatan saya ke Kampung Pichin di Sarawak telah membangkitkan kenangan betapa ayahanda saya begitu disayangi dan dihormati oleh begitu ramai orang. Semasa merakamkan pesanan video 8 Nilai 1Malaysia, saya telah mengaitkan kenangan istimewa tentang Allahyarham ayahanda saya, Tun Abdul Razak

"Contohnya, semasa saya berada di sekolah berasrama penuh, pada waktu itu tiada telefon bimbit dan sudah tentunya tiada internet. Perhubungan yang ada hanyalah melalui kiriman aerogram (surat udara) yang sering saya kirimkan ke kampung. Saya begitu kagum walaupun beliau seorang Perdana Menteri dan sangat sibuk, jika saya berkirim surat saya pasti mendapat balasan dalam masa seminggu atau sepuluh hari. Ini adalah sesuatu yang sangat saya hargai. Pada saya di sini wujudnya satu perasaan kesetiaan yang mana kita tunjukkan perhargaan kita kepada seseorang itu dengan melakukannya.
Saya harap, ke hadapan ini bukan sahaja hujung minggu ini, semua rakyat Malaysia yang masih muda akan terus menunjukkan penghargaan dan memahami pengajaran yang disampaikan oleh bapa mereka, dan begtu juga semua bapa daripada kalangan rakyat Malaysia akan terus membina jalan yang dapat dilalui dan diikuti oleh anak-anak mereka.

Selamat Hari Bapa

No comments: