JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 29, 2009

Menteri Marah Orang Muda Tolak BN



Sebahagian pelajar pada Seminar Kecemerlangan Pendidikan UPSR anjuran Utusan Malaysia dan UMNO Bagan Datoh, semalam.


BAGAN DATOH 28 Jun - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam menyelar segelintir generasi muda yang tidak mengenang budi setelah mencapai kejayaan cemerlang dalam pendidikan.

Menurut beliau, sikap seperti itu tidak sewajarnya wujud kerana kerajaan sentiasa memberi peluang kepada mereka untuk berada pada kedudukan selesa dan mencapai ke tahap yang membanggakan.

Katanya, kerajaan yang stabil perlu dipertahankan bagi memastikan peluang pendidikan diteruskan demi kepentingan generasi akan datang.

''Kita masuk universiti dengan bantuan kerajaan tetapi sebaliknya menentang kerajaan dan orang ini jelas tidak kenang budi.

''Kerajaan memberikan peluang pendidikan kepada anak-anak bagi membolehkan mereka berjaya dalam hidup," katanya semasa menutup Seminar Kecemerlangan Pendidikan bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan UMNO Bahagian Bagan Datoh di sini semalam.

Seminar itu anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bagan Datoh dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia yang menerbitkan sisipan ADaP.

Hadir sama, Penolong Ketua Pengarang 2 Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan Pengarang Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

utusan

No comments: