JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 29, 2009

shah rukh khan hina Rasulullah???


KONTROVERSI membabitkan Shah Rukh Khan berhubung ulasannya mengenai Nabi Muhammad SAW masih hangat di kalangan masyarakat Islam di India.

Baru-baru ini, sebuah pertubuhan Islam negara itu mengeluarkan fatwa terhadap bintang Bollywood berkenaan,

Fatwa itu yang dikeluarkan Mufti Mohammed Shoeb Raza Qadri dan Mufti Muti-ur Rehman dari Darul Ulum Mazhar-e Islam menyatakan seluruh umat Islam kecewa dengan tindakan Shah Rukh

Mufti Mohammed berkata, perbuatan Shah Rukh yang didakwa menyamakan Rasulullah (SAW) dengan Adolf Hitler dan Winston Churchill menyebabkan dia menjadi kafir dan orang seperti itu perlu disingkirkan daripada Islam.

Pelakon itu dituduh bertindak demikian dalam wawancara dengan edisi terbaru majalah Time n Style yang diterbitkan di Mumbai.

Dalam wawancara itu, bintang filem terkenal berkenaan disoal untuk menamakan beberapa tokoh sejarah yang dikaguminya.

Shah Rukh didakwa menjawab: “Ramai, ada yang negatif seperti Hitler, Napoleon, Winston Churchill dan jika saya boleh mengangapnya sejarah, kemudian Nabi Muhammad dan yang terbaru Nelson Mandela...dan ada yang baik seperti Ghandi dan Mother Teresa.”

Menurut Mufti Mohammed, mengikut undang-undang Islam, orang yang membuat kenyataan seperti itu boleh dikenakan hukuman mati.

Beliau menambah, Shah Rukh yang berkahwin dengan Gauri, penganut agama Hindu tidak boleh dibenar dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

Sebelum ini, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Jawatankuasa Aman Mumbai membuat laporan polis berhubung kenyataannya itu. Mereka menuntut polis menyiasat bintang Bollywood itu atas tuduhan sengaja membuat kenyataan menghina bagi mencetuskan kekacauan

Presiden jawatankuasa itu, Farid Sheikh, berkata mereka akan berusaha memastikan mayat Khan tidak dikebumikan di mana-mana kawasan di Maharashtra.

Kesalahan itu juga tidak boleh dikenakan ikat jamin.

Dia yang kini menjalani penggambaran filem My Name is Khan di Los Angeles, Amerika Syarikat akan disoalsiasat sebaik kembali ke Mumbai, kata Inspektor Prakash George.

“Bagaimanapun, dia tidak akan ditahan serta-merta. Kami akan bertindak selepas melakukan siasatan sepenuhnya,” kata George.

Sementara itu, Shah Rukh, ketika mengulas mengenai kontroversi berkenaan berkata, kenyataannya disalah tafsir.

“Bagi saya, tidak ada orang paling penting dalam sejarah kecuali Nabi Muhammad,” katanya yang sebelum ini mengaku bukan sahaja menyembah Allah dan Tuhan agama Hindu tetapi turut mengajar anaknya supaya berbuat demikian.

Dia juga berkata, menjadi penganut Islam dan mempertahankan rukun agama itu adalah agenda paling penting dalam hidupnya.

”Jika mereka melihat temuramah saya dan sebagainya di televisyen mengenai Islam, mereka akan menolak tuduhan yang dilemparkan terhadap saya. Mereka akan tahu apa yang berlaku adalah kesilapan penulisan, bukan fikiran atau pandangan yang saya percaya.

“Nabi Muhammad adalah tokoh positif paling penting dalam Islam dan sesiapa yang mempersoalkan pandangan saya mengenai hal itu, hanya mahu mencetuskan kontroversi,” katanya.

Dia juga berkata: “Biarkan mahkamah memutuskan apa yang mereka mahu lakukan. Saya tidak percayakan keganasan.”

Sehubungan itu, beberapa pemimpin tokoh Islam India lain berpendapat, tidak perlu untuk mengeluarkan fatwa terhadap pelakon itu memandangkan dia sudahpun menafi memburukkan Nabi Muhammad (SAW).

Markazi Darul Ifta menolak fatwa yang dikeluarkan terjadap Shah Rukh dengan berkata ia tidak perlu.

Jurucakapnya berkata, fatwa tidak perlu dikeluarkan sekiranya orang yang didakwa sudah menafikan membuat kenyataan memburukkan Rasulullah (SAW).

sumber: harianmetro

No comments: