Jika anda menjadi Ketua Penerangan Parti, sekurang-kurangnya anda mempunyai sepenuh masa dan bukannya secara "Part Time" sahaja. Kalau anda tidak ada masa, masuk keluar kampung, maka sayugianya lebih baik anda tolak sahaja jawatan itu sebelum menyebabkan parti menerika risiko kekalahan teruk dalam pilihanraya
Ketua Penerangan dalam sesebuah parti poliik adalah sebagai salah seorang "Salesman Parti" yang berwibawa, berketrampilan dan mempunya bakat semula jadi dalam ceramah, pidato dan tahu bagaimana cara "Convincing The People Mind".
Ketika memberi ceramah atau berpidato, anda juga harus tahu bagaimana cara "Control the crowd" dan bukannya berucap secara hentam keromo sahaja.
Sebagai Ketua Penerangan Parti, anda mestilah tahu strategi politik parti lawan dan anda juga mempunyai strategi politik tersendiri untuk mematahkan strategi politik parti lawan.
Anda tahu halatuju parti untuk dihebahkan kepada penduduk-penduduk kampung dan bukannya kepada ahli parti sendiri sahaja tetapi penerangan yang lengkap harus diberikan kepada orang ramai.
Anda mesti membuat lawatan ke setiap Cabang dan Ranting Parti dan mengadakan perjumpaan dengan setiap Pegawai Penerangan Cabang dan Ranting Parti diseluruh negeri dengan ongkos sendiri dan harus dilakukan sekerap tiga bulan sekali.
Adalah menjadi tugas Ketua Penerangan Parti untuk memberitahu penduduk kampung isu semasa dan memberi kursus penerangan kepada Para Pegawai Penerangan di Cabang dan Ranting Parti untuk melakukan serangan dan serangan balas terhadap parti lawan.
Arahan haruslah diberikan kepada setiap Pegawai Penerangan, Cabang dan Ranting supaya mencari isu-isu semasa yang menjadi kemarahan penduduk kampung sebelum menghantarkan isu-isu tersebut kepada Ketua Penerangan dan Ketua Penerangan pula wajib menjadikan isu-isu kampung tersebut sebagai satu isu
sensasi ke merata ceruk pelusuk kampung.
Lazimnya, setiap enam bulan sekali, Ketua Penerangan mestilah mengadakan kursus penerangan kepada semua Pegawai Penerangan Cabang dan Ranting Parti di seluruh negeri bagi menggarap isu penting tempatan untuk dibincangkan dalam kursus sebelum diledakkan sebagai isu besar bagi memperkasakan agenda politik PKR di Sabah.
Pegawai Penerangan Cabang dan Ranting pula, mestilah berusaha dengan seribu daya untuk menubuhkan seberapa banyak Ranting-Ranting Parti di setiap kampung kerana peranan mereka sangat penting untuk mempengaruhi penduduk kampung.
Tugas yang paling berat dan harus dipikul Pegawai Penerangan Cabang dan Ranting Parti di kampung-kampung, ialah untuk mengenalpasti remaja-remaja yang sudah berusia 21 tahun untuk didaftarkan sebagai pemilih baru dan sewajarnya mereka dilantik sebagai pengerusi biro ranting parti.
Biasanya dalam PKR Sabah, Ketua Penerangan Majlis Pimpinan Negeri, dilantik oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri. Pemilihan dilakukan kerana "orang itu geng Pengerusi" atau sahabat karibnya atau penyokongnya atau main tangkap muat sahaja dan bukannya dipilih dari kebolehannya
Namun ironinya, Ketua Penerangan PKR, dalam ceramahnya kepada penduduk kampung turut menebarkan janji palsu dan kurang akal apabila tanpa segan berjanji kepada penduduk kampung, kononnya "Kalau PKR memerintah negeri ini, Jangan susah, PKR akan beri kamu lesen sabung ayam kepada kampung ini".
Namun inilah realiti, taraf Ketua Penerangan PKR Majlis Pimpinan Negeri Sabah yang langsung tidak berkualiti. Lalu kita harus bertanya kepada diri, bagaimana mahu memenangi pilihanraya akan datang?
Ada lagi satu cara yang kurang berkesan, Ketua Penerangan PKR Majlis Pimpinan Negeri Sabah, yang saya fikir tidak baik ialah hanya mahu melawat ke kampung-kampung atau daerah, bersama-sama Pengerusi atau Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Pusat sahaja.
Beliau tidak pernah melawat bersendirian dan mengatur strategi untuk kegiatan lain sebaliknya datang uma datang bersama Majlis Pimpinan Tertinggi untuk memberi ucapan sahaja. Kegiatan lain? Zero.
Jadi macam mana mau menang pilihanraya atau hanya syok sendiri sahaja?Oleh: HALIK ZAMAN
No comments:
Post a Comment