JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 30, 2009

RM65 Juta hutang AirAsia kepada MAS


Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), tidak pernah membenarkan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia atau mana-mana syarikat penerbangan lain berhutang cukai lapangan terbang kepada pihaknya, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata memandangkan AirAsia kini mempunyai hutang tertunggak sejumlah RM65 juta, MAHB kini sedang dalam rundingan dengan syarikat penerbangan itu untuk menyelesaikan isu berkenaan.

"MAHB yakin ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat, hari ini.

Wee ingin tahu mengapa MAHB membenarkan AirAsia berhutang cukai lapangan terbang berjumlah RM65 juta walaupun ia sudah dikutip terdahulu daripada penumpang dan mengapa MAHB memerlukan rundingan khas dengan syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan kembali tunggakan cukai itu.

Najib berkata, tindakan drastik tidak dibuat MAHB ke atas AirAsia kerana ia akan menjejaskan operasi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap MAHB sebagai operator dan pengendali lapangan terbang. - Bernama

No comments: