JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 17, 2009

AIR DICATU


LABUAN: Jabatan Bekalan Air (JBA) Labuan melaksanakan jadual catuan air kepada pengguna di pulau ini bagi mengatasi musim kemarau berpanjangan yang dijangka akan berterusan sehingga September de-pan.

Pengarah Jabatan Bekalan Air Labuan, Haji Sulaiman Kamisan, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin sebagai berkata, bermula pada Mac lalu sehingga bulan ini, Labuan telah menghadapi masalah kekurangan air yang kini di tahap kritikal akibat keadaan cuaca yang panas serta kemarau yang berpanjangan.

Katanya, paras simpanan air di tiga empangan yang membabitkan Empan-gan Bukit Kuda, Kerupang dan Sungai Pagar yang membekalkan 20 peratus keperluan air di pulau ini kini di tahap kritikal.

Katanya, walaupun Labuan menerima 80 peratus bekalan air setiap hari dari Loji Air Gadong Beaufort di Sa-bah, namun ia tidak cukup untuk keperluan 87,000 penduduk Labuan.

“Oleh yang demikian JBA terpaksa melaksanakan jadual pencatuan be-kalan air bagi membolehkan air bersih dapat dibekalkan kepada pengguna” katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan kepada penduduk Labuan supaya mengambil langkah penjimatan air dan mengunakan air secara berhemah.

Dalam perkembangan yang lain, projek menaik taraf dan menggantikan saluran paip air baru di hampir keseluruhan di pulau ini turut menjadi ganguan bekalan air sejak beberapa bulan yang lalu.

Antara kampung yang pernah terjejas teruk dengan projek ini ialah Kam-pung Bebuloh dan Kampung Sungai Bedaun dan beberapa kampung yang lain. - sabahtimes

1 comment:

Junaidi Amit said...

ada kah program pencatuan air tersebut benar-benar dilaksanakan?
1. di kawasan tg kubong purata menerima bekalan air paip hanya 7 hari dalam sebulan sejak sekian lama.
2. kawasan lain rata-rata tidak mengalami masalah bekalan air.
3. jabatan air bila dihubungi untuk membekalkan air, banyak alasan yang diberi dan hanya janji kosong.
4. masuk hari ini, genap 3 minggu kawasan tg kubong tiada bekalan air paip (ada kah ini namanya program pencatuan?). hanya sekali jabatan air menhantar air menggunakan lori tangki yang mana hanya 500 liter air diberikan bagi setiap rumah. cukup kah?

sekian.