JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 30, 2009

AHLI UMNO ISLAM MAKAN BABI?

“Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi,” kata Dr Mahathir menegaskan perkara ini ketika mengulas mengenai sistem kuota yang diamalkan Umno sekarang yang dikatakan menjadi punca kepada amalan rasuah yang berleluasa

Draf pindaan perlembagaan Umno itu dijangka siap sebelum perhimpunan Agung Umno khas yang dijadual dari 13 hingga 16 Okt ini.

Cadangan pindaan perlembagaan Umno untuk membenarkan 60,000 perwakilan mengundi pada pemilihan parti itu berbanding 2,600 perwakilan yang diamalkan sekarang adalah cara terbaik bagi membendung amalan rasuah, kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
Sambil menyambut baik cadangan tersebut, beliau mengingatkan bahawa akhirnya anggota Umnolah yang perlu mengubah sikap mereka dengan tidak meneruskan amalan menerima dan memberi rasuah.

“Ini merupakan pindaan perlembagaan Umno untuk kali ketiga bagi mengelak amalan rasuah di kalangan ahli-ahli Umno tetapi kalau ahli-ahli Umno masih mengutamakan menerima rasuah sebanyak RM200, RM300 daripada mengutamakan parti, bangsa dan negara, apa pindaan pun tidak akan mendatangkan hasil,” katanya.

“Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting,” tegas beliau

Sementara itu, Dr Mahathir turut meluahkan perasaan gembiranya kerana inilah kali pertama selama enam tahun sejak beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, diberi peluang untuk bercakap terus dengan anggota Umno.

“Saya lebih senang cakap dengan orang Umno (di peringkat akar umbi) daripada orang atasan, akhirnya orang di peringkat akar umbi yang akan menentukan menang atau kalah,” katanya

KLIK SINI UNTUK TONTON KENYATAAN PENUH DR MAHATHIR

No comments: