JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 30, 2009

3,030 polis di Manek Urai


Insya'Allah Hj Fauzi Menang - Ustaz Idris Ahmad

Alhamdulillah Haji Fauzi Abdullah (gambar kiri) telah dipilih oleh parti untuk mewakili Pas dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Manik Urai 14hb Julai 2009. Pemilihan beliau ialah berdasarkan kajian awal yang dibuat oleh Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan dan Pas kawasan Kuala Kerai. Kajian yang dibuat untuk mengambil beberapa segmen pengundi di Manik Urai, menunjukkan beliau adalah calon yang layak untuk mengekalkan kemenangan Pas di Manik Urai.

Peribadi beliau yang mudah didampingi oleh masyarakat dan seorang yang dermawan adalah orang yang sesuai untuk menjadi wakil rakyat di Manik Urai dengan iklim georafi dan demografi.

InsyaaAllah dengan kemenangan ini akan memberi satu jawapan kepada Umno bahawa ia sudah tidak relevan dengan politik di Kelantan dan di Malaysia.

3,030 pegawai, anggota polis di Manek Urai - UTUSAN

KOTA BHARU 29 Jun - Polis Kelantan menempatkan seramai 3,030 pegawai dan anggota untuk mengawal keselamatan dan menjaga ketenteraman sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi memberitahu, penempatan keanggotaan akan dibuat berperingkat mengikut enam fasa dengan permulaan 40 peratus anggota daripada Ibu Pejabat Kontijen Kelantan dan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai.

"Fasa-fasa tersebut adalah sebelum penamaan calon, hari penamaan calon, tempoh berkempen, masa tamat berkempen, hari pengundian dan pasca pilihan raya," ujarnya

Beliau berkata, fasa kritikal dan perlu diberi perhatian adalah semasa berkempen selepas penamaan calon dan memerlukan pemantauan lebih tinggi.

"Ketika ini, permit-permit ceramah akan mula dimohon dan pihak kami perlu lebih teliti dalam mengeluarkan kebenaran tersebut.

"Bagaimanapun, kami beri jaminan permit akan dikeluarkan selagi parti bertanding bersetuju mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Surat Penghargaan kepada pegawai dan anggota oleh Kelab Lions Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) di sini hari ini

Seramai 12 orang termasuk pegawai dan anggota menerima surat penghargaan yang disampaikan oleh Gabenor Kelab Lions Kuala Krai, Dr. JP Kamalanathan.

Menurutnya, setakat ini, permit ceramah telah dikeluarkan oleh polis tetapi bukan untuk berkempen sebaliknya hanya merupakan ceramah biasa.

Beliau menjelaskan, sehingga kini, tiada laporan sebarang kejadian tidak diingini dibuat oleh mana-mana pihak yang berkaitan dengan pilihan raya tersebut.

"Saya harap, pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar dan menjadi contoh kepada mana-mana pilihan raya selepas ini," tambahnya.

Abdul Rahim berkata, beliau setakat ini berpuas hati dengan kawalan keselamatan di sekitar DUN Manek Urai dan berharap akan berterusan sehingga hari pilihan raya.

Cif Inspektor digantung kerja- UTUSAN

RAWANG 28 Jun - Dua polis termasuk seorang berpangkat cif inspektor dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang ditahan kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Jinjang kelmarin, digantung kerja selama seminggu berkuat kuasa semalam.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, tindakan itu sehingga polis menerima laporan penuh dari hospital berhubung kandungan dadah dalam tubuh mereka.

"Kedua-dua polis itu akan menghadapi tindakan undang-undang yang sama dengan orang lain (orang awam).

"Tidak ada kompromi dalam polis sekiranya undang-undang tidak dipatuhi. Diharap kejadian ini akan menjadi pengajaran kepada semua anggota polis lain," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas kes lima anggota dan pegawai polis ditahan kerana positif dadah jenis ketamin, amphetamine dan methamphetamine.

di sebuah pusat hiburan di Jalan Kepong, Jinjang, awal pagi kelmarin.

Mereka berusia lingkungan 20-an hingga 40-an adalah antara 70 pengunjung pusat hiburan itu yang ditahan kerana menggunakan dadah dalam serbuan oleh polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman.

Apa Masalah Umno-BN ‘Bakul Sampahkan’ IPCMC? - ANWAR IBRAHIM

Seawal jam 9.00 pagi saya tiba di “Istana Keadilan” Putrajaya bagi mendengar rayuan berhubung pemindahan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi

Apakan daya kes ditangguh lagi keesokkan harinya. Terpaksalah berulang-alik dari Parlimen ke Putrajaya. Apatah lagi sesi Dewan Rakyat kali ini akan tamat pada 2hb Julai 2009 dan saya merasakan perlu untuk menyertai perbahasan rang undang-undang yang bakal dibentangkan kelak

Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Integriti Agensi Perlaksanaan(SIAP)

Saya ulangi kekecewaan ramai dari ahli parlimen kerana kegagalan kerajaan meneliti serta menuruti saranan IPCMC. Sungguhpun saya mengakui hasrat kerajaan untuk melebarkan peranan suruhanjaya ini kepada sejumlah 27 agensi lainnya. Latar asal dari rang undang-undang SIAP perlu diberi perhatian sewajarnya. Pokok pangkalnya adalah terhakisnya keyakinan rakyat terhadap institusi polis

Sekiranya asas ini diabaikan, permasalahan sebenar tidak akan selesai. Integriti agensi kerajaan terutamanya pasukan polis tercalar teruk akibat salah guna kuasa segelintir pucuk pimpinannya tatkala mereka di bawah tetap berdedikasi mencurah bakti kepada masyarakat. Ketiadaan fasal berkaitan bidangkuasa siasatan hanya menyebabkan kewujudan suruhanjaya tersebut seumpama melepaskan batok di tangga.

Yang lebih mengejutkan saranan IPCMC ditolak kononnya adalah untuk melindungi ramai anggota polis yang majoritinya orang Melayu. Membingungkan sekali alasan sebegini, sedangkan yang terlibat melanggar jalur hukum merupakan pucuk pimpinan polis. Berselindung di sebalik alasan kaum merupakan alasan dangkal yang cuba memperbodohkan rakyat

Oleh kerana itu saya menekankan tiadanya iltizam politik pada pihak pimpinan Umno-BN untuk benar-benar memastikan perubahan terlaksana. Tidak hairanlah usaha kerajaan ini seakan fatamorgana yang cuba mengelirukan mata rakyat. Inshaallah dengan usaha dan doa, pastinya yang hak akan mengatasi yang batil

4 comments:

Anonymous said...

PAS JGN KONFIDEN SNGT...

fenomena2wanita said...

buat anonymous..
sbgai warga kelantan, ana yakin PAS akan menang jgk tawan MANIK URAI kali ni..
watever, wait & see..

alasrarfilqalb said...

buat anonymous..
sbgai warga kelantan, ana yakin PAS akan menang jgk tawan MANIK URAI kali ni..
watever, wait & see..

Anonymous said...

bagi bn menang sekali sekala bagus jugak. biar pakatan ni sedar diri sikit.