JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 17, 2009

OKU Nekad Catat Rekod

MIRI, 17 Jun (Bernama) -- Seorang lelaki yang kudung kaki kiri berhasrat mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) bagi perlumbaan expedisi solo jarak jauh menggunakan kerusi roda di Sarawak pada bulan depan.

Pengerusi jawatankuasa penganjur Dr Abdul Rahman Junaidi berkata Junaidi Pauzan, 57 dijangka menjadi rakyat Malaysia pertama mencapai kejayaan ini menggunakan kerusi roda.

Sebelum ini ada dua orang mencatat rekod menaiki basikal paling jauh menggunakan basikal biasa, katanya pada persidangan akhbar di sini hari ini.

Belum ada catatan MBR penunggang menggunakan kerusi roda untuk perjalanan jarak jauh, tambahnya.

Untuk mencapai kejayaan itu dan memenuhi kriteria MBR, beliau berkata kerusi roda lumba yang digunakan oleh Junaidi akan dipasang dengan meter bagi mengukur dan mencatat perjalanan.

Junaidi akan mengayuh pada kadar antara 50 dan 60 kilometer sehari di jalan utama dari Miri ke Kuching dan berhenti d beberapa bandar besar termasuk Bintulu, Sibu, Sarikei, Sri Aman dan Serian.

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Komunikasi, Datuk Dr Lee Kim Shin akan melepaskan Junaidi untuk ekspedisi itu pada 1 Julai ini.

Junaidi yang hilang kaki kiri akibat kemalangan jalan raya 10 tahun lepas ialah seorang perenang paralimpik kebangsaan dan berjaya menamatkan tiga renangan jarak jauh di perairan Sarawak antara 2006 dan tahun lepas.

No comments: