JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 5, 2009

TAMBANG TEKSI DI SARAWAK LEBIH TINGGI


Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak menjangkakan cadangan kenaikan tambang teksi di negeri ini mungkin lebih tinggi berbanding kadar di Semenanjung Malaysia.

Bercakap ketika dihubungi Utusan Borneo semalam, Setiausahanya, Wan Samsulri Wan Hasbi bagaimanapun berkata, perbezaan kadar kenaikan itu secara lazimnya tidak akan memberi bebanan tambahan kepada para pengguna.

Tambah beliau lagi, kebanyakan teksi yang beroperasi di negeri ini menggunakan minyak petrol dan diesel tanpa subsidi berban-ding penggunaan gas asli (NGV) secara me-luas di Semenanjung Malaysia.

“Justeru kita tidak dapat menjamin cada-ngan kenaikan 13 sen berbanding 10 sen se-karang bagi setiap 150 meter di Semenanjung adalah sama dengan di negeri ini.

“Kita hanya akan mengetahui kadar se-benarnya selepas menteri yang bertang- gungjawab melakukan pengumuman,” kata-nya ketika diminta mengulas mengenai tambang teksi mungkin dinaikkan mulai Julai depan.

Wan Samsulri juga memberitahu pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan persatuan-persatuan teksi di negeri ini berhubung kenaikan tambang berkenaan.

Jelasnya, kebanyakkan ahli persatuan mengalu-alukan cadangan kenaikan tambang itu kerana kali terakhir tambang teksi dinaikkan adalah pada tahun 2005.

“Kenaikan tambang ini pastinya memberi sedikit kelegaan kepada pengusaha atau pemandu teksi di negeri ini yang terpaksa menanggung kepayahan selepas harga minyak global naik secara mendadak tahun lepas,” ujarnya.

Rabu lepas, Utusan Malaysia melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata tambang teksi mungkin dinaikkan kepada 13 sen berbanding 10 sen sekarang bagi setiap 150 meter.

Katanya, kadar baru itu akan diselaraskan pada setiap 27 saat berbanding 45 saat semasa teksi bergerak, manakala kadar bayaran tambang setiap kemasukan penumpang juga akan dinaikkan kepada RM3 berbanding RM2 sekarang.

“Cadangan itu dibuat sejajar dengan ke-putusan kerajaan untuk mengadakan sema-kan berkala bagi perkhidmatan pengangkutan awam setiap tiga tahun sekali bermula Julai ini,’’ katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Interaksi Bersama Pengusaha dan Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Lembah Klang.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Teksi Bumiputera (PTB) Abang Idris Abang Jamali menyokong penuh cadangan kerajaan menaikkan tambang teksi di seluruh negara.

Katanya, tepat pada masanya bagi kerajaan berbuat demikian bagi meringankan beban pengusaha mahupun pemandu teksi yang terpaksa berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

“Saya berharap kerajaan akan melakukan pengumuman ini dalam masa terdekat ini kerana lebih cepat lagi ia diumumkan maka bebanan kami (pemandu teksi) akan berkurangan,” katanya yang juga dihubungi semalam.

Abang Idris juga memberitahu sekiranya cadangan kenaikan tambang itu dikuatkuasakan, maka tindakan pemandu teksi mengenakan tambang sesuka hati atas alasan kenaikan harga minyak dan barang keperluan mungkin dapat dikurangkan.

Beliau mengakui memang berlakunya kes penipuan tambang teksi di sekitar bandar raya ini.

Beliau memberitahu, PTB sering menerima aduan serta rungutan daripada pelbagai pihak mengenai sikap pemandu yang enggan menggunakan meter.

“Kalau murah tidak apa. Ini terlampau mahal dan membebankan penumpang.

“Pernah ada aduan melibatkan pelancong tempatan yang dikenakan bayaran tambang yang tidak sama sedangkan jarak perjalanan yang dilalui sama.

“Pemandu teksi mengenakan kadar tambang sesuka hati mereka sahaja,” ujarnya.

Oleh yang demikian tegasnya, cadangan kenaikan tambang itu merupakan salah satu usaha yang baik bagi mengurang dan menyelesaikan masalah berkenaan.

borneopost

No comments: