JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 5, 2009

4 TAHUN BLACK OUT???


Sejumlah 54 rumah penduduk Kampung Pinang di sini, terpaksa bergelap sejak enam tahun lalu berikutan permohonan mereka bagi mendapatkan bekalan elektrik 24 jam di bawah skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) ditolak dengan pelbagai alasan.

Akibat tidak sanggup menunggu, ada penduduk bertindak membuat sambungan kabel elektrik dari rumah jiran atau saudara, malah ada antara mereka terpaksa menanggung risiko menarik kabel sejauh 300 meter walaupun sedar ia berbahaya.

Menurut salah seorang penduduk Zainal Abdullah, 38, rumahnya bergelap sejak empat tahun yang lalu walaupun permohonan mendapatkan bekalan elektrik sudah dibuat penduduk kampung sejak tahun 2004 lagi, namun ditolak kerana jumlah pemohon terlalu sedikit.

Katanya, permohonan pertama yang dibuat melalui Pejabat Residen Kota Samarahan ditolak kerana jumlah pemohon cuma 13 rumah dengan mereka diminta menunggu sehingga jumlah penduduk mencukupi had yang ditentukan.


"Pada 2006 kami sekali lagi mengemukakan permohonan dari 40 rumah kepada Pejabat Residen Kota Samarahan tetapi ditolak pula kerana jumlah terlalu ramai dengan peruntukan tidak mencukupi kerana melebihi had.

"Permohonan susulan pada 2007 pula meningkat kepada 51 rumah sebelum pada tahun ini jumlah pemohon adalah 54 dengan jumlah berkenaan akan terus meningkat kerana terdapat ramai penduduk yang baru membina rumah masing-masing," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Tinjauan Berita Harian di kampung berkenaan mendapati bukan semua rumah tidak mempunyai bekalan elektrik sebaliknya masalah itu cuma membabitkan penduduk yang baru membina rumah di kawasan pinggir kampung.

Bagi hampir 200 keluarga asal di Kampung Pinang, mereka tidak berhadapan masalah itu kerana difahamkan Kerajaan telah menyalurkan bekalan elektrik ke setiap rumah di kampung itu sejak tahun 90-an lagi.

Bagaimanapun kampung berkenaan mula menerima penambahan jumlah penduduk dengan ada mereka mula membina rumah di kawasan yang tidak mempunyai tiang elektrik menyebabkan bekalannya agak sukar disambungkan ke rumah masing-masing.

Zainal berkata, ada penduduk yang rumah mereka terletak jauh dari rumah jiran yang mempunyai bekalan elektrik terpaksa menggunakan lilin dan pelita minyak tanah setiap malam kerana bimbang melakukan sambungan terlalu jauh.

"Kami memang tahu risiko menyambung kabel elektrik terlalu jauh kerana ia boleh menyebabkan litar pintas tetapi anak-anak perlu belajar dan menyiapkan kerja sekolah mereka pada waktu malam.

"Bagi penduduk yang rumah mereka terlalu jauh pula terpaksa bergantung kepada cahaya lilin atau lampu minyak tanah sementara menunggu bekalan elektrik yang sempurna dapat disambungkan ke rumah mereka," katanya.


Bagi warga emas, Puri Sonot, 66, berkata rumahnya tidak mempunyai bekalan elektrik yang sempurna sejak empat tahun lalu kerana tidak mampu membayar kos pemasangan tiang yang diminta kontraktor jika mahu elektrik disalurkan.

bharian

No comments: