JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 5, 2009

Pilihanraya Sarawak semakin hampir???


Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan berakhir selewat2nya awal tahun 2011. namun, perkembangan mutakhir ini menunjukkan Pilihanraya di bumi Kenyalang ini mungkin akan diadakan bila2 masa dari sekarang.

Terkini ialah kenyataan Presiden
Parti Rakyat bersatu Sarawak (SUPP) salah satu sekutu BN negeri yang tewas teruk pada pilihanraya negeri 2006 yang lalu. parti itu ini dalam proses segera mengenal pasti calon2.

"Pilihan raya ialah untuk mendapatkan sokongan rakyat. Untuk memastikan rakyat sokong calon itu, kita mesti memilih calon yang dipilih rakyat. Jadi bagi tahu kami siapa yang kamu suka," katanya kepada pemberita selepas upacara menaikkan bendera sempena ulang tahun SUPP ke-50 di ibu pejabat parti di sini, Khamis.

Chan yang juga timbalan ketua menteri, berkata: "Kami sedang mengenalpasti calon. Kami akan 'mendedahkan' mereka kepada umum secepat mungkin. Ini adalah strategi paling baik, jadi rakyat akan lebih tahu mengenai calon mereka."

Pilihan raya negeri Sarawak yang lepas ialah pada Mei 2006 dan tempoh bagi pilihan raya akan datang ialah pada 2011.

Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP bertanding di 19 kerusi dan daripada jumlah itu, parti berkenaan kalah lapan kerusi -- Batu Lintang, Pending, Padungan dan Kota Sentosa di Kuching, Meradong (Sarikei), Bukit Assek (Sibu), Kidurong (Bintulu) dan Engkilili (Sri Aman).

Bagi pemerhati politik, mungkin ini perkaara biasa sebagai persediaan mana2 parti, Namun, kenyataan Ketua Penerangan Umno yang baru Ahmad Maslan yang terang2an akan mendoktrinkan pegawai kerajaan dan Swasta di Sarawak melalui program Biro tatanegara menguatkan lagi hujah bahwa Sarawak bakal menjadi medan ujian sebenar najib mongolia sebelum berdepan pakatan rakyat dalam PRU akan datang.

BTN Terus Diperkudakan, 1 Malaysia didoktrinkan
Biro Tatanegara (BTN) akan menganjurkan kursus dan seminar untuk memperjelaskan konsep 1Malaysia agar rakyat lebih memahami gagasan yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan berkata kursus dan seminar konsep Satu Malaysia yang berteraskan 'Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan' itu akan diadakan di kem-kem Bina Negara di seluruh negara tidak lama lagi. "Tidak dapat dinafikan ramai rakyat yang masih tertanya-tanya dan keliru dengan konsep 1Malaysia. Sehubungan itu, BTN akan memberi fokus untuk memperjelaskan konsep 1Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Biro Tatanegara di sini, Khamis. Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata kursus dan seminar dijangka bermula pada tahun ini dan kakitangan sektor awam serta swasta merupakan kumpulan sasar utama untuk menghadiri kursus yang bakal diperkenalkan BTN itu.

Sementara itu, Ahmad berkata kem bernilai RM23 juta di Sempadai, Lundu dekat sini dijangka siap pada Disember ini untuk melaksanakan aktiviti program bina negara. Beliau berkata kem yang kini 60 peratus siap itu boleh menampung 150 orang untuk setiap sesi kursus atau seminar. BERNAMA

Persediaan Pakatan Bagaimana?

Setakat ini, keADILan dan DAP nampaknya lebih bersedia di negeri itu berbanding PAS. Namun, kenyataan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha bahawa parti itu akan membuat kejutan di Bumi Kenyalang sekurang2nya melapangkan dada saya bahwa parti ini konsisten dalam perjuangan membela warga Sarawak.

Buat pengetahun bersama, Taib Mahmud sebelum Pilihanraya Kecil Batang Air (Baca: bukan Batang Ai-ini istilah rasmi) berjanji akan merombak kabinet negeri. Namun, kenyataan terbarunya bahawa tiada rombakan kabinet dalam masa terdekat seolah2 memberi gambaran berkenaan pembubaran Dun.

Dipihak keADILan, Anwar Ibrahim telah pun menyerahkan tugasnya sebagai Pengerusi Perhubungan kepada Mustapha Kamil Ayub serta merombak beberapa jawatan di negeri itu.

Bagi DAP, serangan bertalu2 parti itu terhadap SUPP cukup berkesan sehinggakan berlaku konflik dalaman dalam parti kaum Cina BN Sarawak itu,

Diphak PAS, kedatangan Dato Husam semasa penamaan Calon Dun Batang Air menunjukkan sokongan beliau di negeri berkenaan.

Persoalan utama yang menjadi persoalan penulis ialah, bagaimana perkembangan terkini Kelab Penyokong PAS di Sarawak yang telah ditubuhkan beberapa tahun lalu oleh Dr. Mujahid?

Apakah kejutan yang diungkapkan Ustaz Nasha bermakna kaum bukan Islam buat pertama kalinya akan bertanding menggunakan Logo PAS di Sarawak? Jika benar, ini suatu sejarah bagi parti PAS sesuai dengan slogannya PAS FOR ALL. Pas pernah membenarkan kaum India (Kumutha berkempen kepada kaum Cina-gambar) bertanding di Johor pada PRU lalu.

Namun, didikan kefahaman kepada calon yang akan bertanding wajar diperkuatkan. bimbang2 lompat ke BN pula. Sindrom BN itu baik amat kuat di Sarawak.

Pembahagian Kerusi

Penulis amat berbesar hati jika PAS diberi peruntukan lebih dari satu kerusi di Sarawak memandangkan pola politik dinegeri itu kian berubah dan penerimaan PAS untuk semua kaum terus mendapat sambutan dengan tujuan2 berikut.

1. Sebagai menghormati PAS dalam Pakatan dan sesuai dengan semangat Muktamar yang menolak PAS sebagai tunggul dalam pakatan

2. Menarik sokongan Pribumi Muslim di Sarawak yang masik kekal bertuankan PBB. Secara asasnya, PBB nampak bersungguh dalam memperjuangkan Islam dinegeri itu melalui kuasa politiknya lebih2 lagi pengaruh yang dimiliki Taib Mahmud lebih 20 tahun.

Namun, PBB itu adalah pengganti Umno. mana2 kerusi yang majoriti pengundi muslim, pasti ditandingi. oleh PBB. Untuk rekod, daripada 71 kerusi Dun, majoriti adalah kawasan bukan Islam walaupun PBB adalah parti dominan dalam sekutu BN di negeri itu.

Ini kerana komposisi kaum di Sarawak didominasi bukan Islam selain tuntutan semakin terbuka bukan Islam di Sarawak sejak akhir2 ini atas nama 1malaysia (sehingga kini gagal ditakrifkan oleh pengasas slogan itu Najib Mongolia).

3. Jika Pakatan ditakdirkan menawan Sarawak pada Pilihanraya negeri kali ini, yang sentiasa menjadi perkiraan pengundi Islam ialah bagaimana kedudukan Islam dinegeri itu? apa jaminan pakatan yang Islam akan lebih baik berbanding pemerintahan sekatang?

Atas sebab itu amatlah wajar PAS diberi peruntukan kerusi yang lebih baik di Sarawak selain menguatkan sokongan di peringkat akar umbi terhadap parti ini.

Saya difahamkan Dato' Husam amat meminati Pulau Pinang atas faktor kepelbagaian kaum di negeri itu. maka, amatlah besar harapan penulis untuk beliau mencurahkan sebanyak mungkin ilmu, kaedah. dan strategi kepada Sarawak pula.

Kenyataan Ust Nasha yang menjanjikan kejutan di Sarawak serta kedatangan Dato Husam pada PRK Batang Air lalu, mudah2an memberi sinar kejayaan bukan sahaja PAS di negeri ini tetapi juga Islam di bumi Kenyalang.

masdarwahid.blogspot.com

No comments: