SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran menjalankan siasatan rapi berhubung Skandal Papantanda Lahad Datu yang melibatkan seorang Pembantu Menteri dan Kontraktor yang ditawarkan kontrak menyelia papantanda di seluruh Sabah.
Sebelum ini kata Johani, VIP berkenaan telah terlibat di dalam satu Skandal Penipuan tanah yang kini masih dalam siasatan Polis di-Raja Malaysia daripada Bukit Aman dan kes berkenaan akan didengarkan di mahkamah tidak lama lagi sekiranya sistem kehakiman negara tidak dicemari rasuah.
HARI RAYA.... Siapa yang menyambut hari raya selepas pesta menuai dan sebelum puasa? Gambar ini dirakam pada 15 Jun 2009 di Lahad Datu.
"Saya tidak fikir semua pegawai SPRM buta huruf atau tidak faham peraturan. Bukankah konsesi papantanda di seluruh Sabah telah diberikan secara monopoli kepada satu kontraktor sahaja? Siapakah kontraktor yang mencatat jutaan ringgit setiap tahun tetapi hanya membayar sejumlah yang kecil kepada pihak berkuasa tempatan? Ini bukan rahsia lagi kerana kepada yang orang awam tahu siapa pemilik papantanda di seluruh Sabah," ujar Johani yang mendesak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan memberi konsesi papantanda kepada kontraktor daerah berbanding dengan sistem monopoli yang ada sekarang.
Menurut Johani, beliau kesal kerana ada VIP yang mengambil kesempatan memasang papantanda dalam tempoh yang agak lama dan tidak membayar kepada pihak berkuasa tempatan yuran yang dikenakan.
"Saya melihat pekerja kontraktor menurunkan papantanda tertentu selepas tiga hari dipasang, terutama papantanda sesuatu perayaan atau pesta yang dipasang oleh pembangkang. Tetapi anehnya, papantanda yang dipasang oleh VIP ini tidak diturunkan," kata Johani yang meminta SPRM menyiasat kenapa pihak berkuasa tempatan tidak mengenakan sebarang denda atau caj tambahan atau tidak membuka papantanda yang dipasang secara haram oleh VIP berkenaan.
Mengikut peraturan yang dikuatkuasakan, kata Johani, pihak yang memasang papantanda harus membayar kepada pihak berkuasa tempatan yuran sejumlah RM10 bagi satu kaki persegi untuk tempoh selama satu bulan, berbanding pemidang (banner) hanya RM50 bagi tempoh satu bulan.
HARAM.... Kerajaan telah lama mengharamkan iklan rokok dan arak, namun Majlis Daerah Lahad Datu masih menyanjung iklan seperti ini.
Sehubungan itu, Johani mendesak agar SPRM menjalankan siasatan rapi terhadap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, pihak berkuasa tempatan di seluruh Sabah dan konsesi papantanda berkenaan kerana beliau yakin terdapat amalan rasuah bagi memastikan mereka terus menjalankan konsesi untuk satu tempoh yang lama dan menawarkan rasuah papantanda kepada VIP atau pembesar negeri.
"Kes ini amat jelaS. Sebelum ini, Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Chieu sudah menegur kenapa papantanda Musa Aman tidak diturunkan sudah hampir satu tahun. Apa hubungan Ketua Menteri Sabah dengan pemegang konsesi papantanda ini?" tanya Johani yang kesal kerana Musa Aman dan Pembantu Menteri kepada Menteri di Jabatan Ketua Menteri melakukan amalan yang serupa.
Kata Johani, hanya papantanda yang ada gambar Ketua Menteri sahaja yang tidak diturunkan sebaliknya papantanda yang dipasang oleh YB atau VIP lain diturunkan selepas dua atau tiga hari dipasang iaitu sebaik sahaja selesai acara berkenaan.
Johani turut kesal kerana Majlis Daerah Lahad Datu membenarkan pemasangan papantanda iklan arak di beberapa lokasi di sekitar Lahad Datu sedangkan kerajaan sudah lama mengharamkan iklan berkenaan.
Adalah menjadi tanggung jawab pihak yang memasang papantanda membersihkan atau membuka papantanda atau pemidang yang dipasang selepas tempoh yang dibenarkan dan jika selepas tempoh tersebut tamat, pihak berkuasa tempatan boleh membuka sendiri papantanda 'tegar' berkenaan dan mengenakan caj atau kos upah kepada pihak yang memasang papantanda tersebut.
"Mengikut Akta Acara Kewangan, pegawai pihak berkuasa tempatan boleh dikenakan surcaj kerana gagal memungut cukai daripada pihak yang memasang papantanda melebihi had yang ditetapkan atau enggan membuka papantanda tersebut. Pegawai ini secara culas menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan sewajarnya diambil tindakan menurut undang-undang," ujar Johani yang mendakwa pihak berkuasa tempatan kerugian beratus juta ringgit kerana gagal memungut caj papantanda di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan," ujar Johani yang telah menulis surat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM berhubung isu ini. - sabahkini
No comments:
Post a Comment