JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 16, 2009

Latihan Amaran Tsunami


Masjid Al-Kauthar Tawau yang terletak di pinggir pantai di sini akan menjadi tumpuan Khamis ini apabila Jabatan Meteorologi Malaysia mengadakan latihan amaran awal tsunami.

Jurucakap Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia berkata masjid itu adalah antara 13 tempat di seluruh negara yang mempunyai alat siren amaran tsunami bagi membolehkan orang ramai khususnya mereka yang tinggal di pesisir pantai mengetahui mengenai ancaman ombak besar itu pada peringkat awal.

"Daripada bilangan bunyi siren, mereka akan tahu apa mesej yang ingin disampaikan, sama ada meminta mereka menjauhi kawasan pantai ataupun berpindah ke kawasan tinggi," katanya kepada Bernama hari ini.

Jurucakap itu berkata sebanyak 10 lagi alat siren amaran awal tsunami itu akan dipasang di seluruh negara bagi menjadikan jumlahnya 23.

Penyelia Masjid Al-Kauthar Rahman Yahya mengajak masyarakat Tawau supaya datang beramai-ramai menghadiri latihan itu.

Masjid Al-Kauthar merupakan masjid terbesar di Sabah dengan kemampuan menampung sehingga 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

-- BERNAMA

No comments: