JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 11, 2009

Serap surcaj 30% Ditolak

Dua persatuan pengguna menolak cadangan kerajaan mengekalkan kadar surcaj 30 peratus kepada penumpang bas ekspres untuk dijadikan sebahagian daripada kadar tambang.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Sha'ani Abdullah mendakwa, ia sebagai satu taktik lama yang telah digunakan oleh kerajaan untuk menaikkan tambang bas.

Beliau berkata, penyerapan surcaj ini sepatutnya tidak berlaku kerana ia bakal membebankan penumpang.

''Kenaikkan tambang bas sebenarnya telah berlaku tetapi ramai yang tidak menyedarinya," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kadar surcaj 30 peratus yang dikenakan kepada penumpang oleh syarikat-syarikat bas ekspres sejak Hari Raya Aidilfitri lalu sedang dipertimbangkan untuk dikekalkan sebagai sebahagian daripada tambang bas.

Mohamed Nazri berkata, ketika ini kerajaan masih membenarkan surcaj itu selepas mendapat permohonan syarikat bas terbabit.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, tindakan mengekalkan surcaj itu sebagai sebahagian kadar tambang hanya menambahkan lagi masalah rakyat ketika kegawatan ekonomi sekarang.

Katanya, kelulusan kerajaan untuk kenaikan tambang bas baru sebenarnya belum pasti menjanjikan perkhidmatan bas yang berkualiti kepada penumpang.

''Ini kerana melalui pengamatan CASSA selama 15 tahun ini, kemalangan melibatkan bas masih berlaku.

''Sepatutnya, pengusaha bas perlu mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang agar setimpal dengan caj tambang yang dikenakan," ujarnya.

Selain itu, katanya, masih terdapat bas yang tidak menepati jadual perjalanan sehingga menyukarkan penumpang.

Jacob berharap kerajaan melakukan kajian komprehensif terlebih dahulu sebelum melakukan penyerapan dan menyemak semula cadangan tersebut.

Utusan

No comments: