JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 12, 2009

AYAM, BABI & SUNGAI



KOLAM mengumpul najis babi yang tidak dilengkapi sistem rawatan kumbahan di ladang ternakan babi Kampung Purak, Papar.

Pemilik gagal urus kumbahan serta najis dengan teratur

PAPAR: Ladang ternakan ayam telur dan babi di Kampung Padawan dan Purak di sini, dikesan gagal mengurus sisa kumbahan serta najis dengan baik sehingga menyebabkan pencemaran di Sungai Papar serta bau busuk.

Yahya Hussin, yang meninjau kedua-dua ladang itu kelmarin berkata, keadaan berkenaan menjadi punca kemarahan penduduk kampung di kawasan berhampiran kerana menjejaskan keselesaan hidup mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta pemilik ladang terbabit melaksanakan sistem pengurusan kumbahan dan najis ternakan yang teratur bagi mengatasi masalah bau busuk dan memastikan tidak ada sisa dilepaskan terus ke sungai.

"Selepas meninjau kedua-dua ladang berkenaan, saya dapati pemiliknya tidak melaksanakan sistem pengurusan kumbahan dan najis yang baik. Mereka sepatutnya mempunyai sistem pengurusan sisa yang berkesan bagi mengelak pencemaran bau dan air.

"Saya minta kedua-dua pemilik ladang mengambil berat masalah itu demi kepentingan penduduk kampung yang tinggal berhampiran ladang mereka," katanya kepada pemberita selepas tinjauan di ladang berkenaan, kelmarin.

TEMPAT menimbun najis ayam kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Papar di Kampung Padawan.

Hadir sama pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak (JPHPT) Sabah, Datuk Awang Sahak Pengiran Salleh dan Pegawai Daerah Papar, Iman Ali.

Tinjauan mendapati ladang ternakan ayam telur di Kampung Padawan yang beroperasi sejak 2007 menimbunkan najis ayam di kawasan belakang kandang yang jaraknya kira-kira 100 meter dari tebing Sungai Papar.

Keadaan najis ayam yang lembap menyebabkan bau busuk yang kuat, terutama ketika hujan dan sebahagiannya mengalir terus ke dalam Sungai Papar dibawa aliran hujan.

Tinjauan di ladang ternakan babi Kampung Purak yang beroperasi sejak 2005 pula mendapati pemiliknya mengumpul najis ternakan dalam beberapa kolam yang tidak dilengkapi sistem rawatan, menyebabkan bau busuk dan melimpah ke Sungai Papar ketika hujan.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri berkata, kedudukan kedua-dua ladang ternakan itu juga tidak sesuai kerana berada di kawasan kampung yang dikelilingi rumah penduduk.

"Ia tidak sepatutnya dibangunkan di kawasan ini kerana berhampiran penempatan. Tanah yang digunakan sebagai tapak ladang juga sebenarnya bukan untuk penternakan komersial.

BHARIAN

No comments: