JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 12, 2009

SIJIL HALAL : BUKAN ISLAM LEBIH FAHAM ???


Kesedaran peniaga Islam di negeri ini dalam pemilikan sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) masih rendah berbanding peniaga bukan Islam.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman berkata, sejumlah 75 peratus peniaga bukan Islam telah memiliki sijil halal berkenaan manakala 20 peratus lagi dimiliki peniaga Islam.

Menurutnya, kebanyakan peniaga Islam tidak menyedari bahawa mereka juga perlu memohon sijil halal berkenaan kerana ia dapat mengelak perasaan curiga di kalangan pelanggan mereka.

''Pengeluaran sijil halal bukan hanya untuk memantau produk berdasarkan panduan Islam sebaliknya ia turut memastikan kebersihan dan penyediaan makanan supaya dijaga rapi setaraf dengan pengiktirafan sijil berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Perasmian Program Kesedaran Halal dan Penyembelihan Halal di Masjid Taqwa Miri di sini semalam.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Putit Matzen dan Pengarah JAIS, Datuk Misnu Taha.

Daud yang juga Menteri Muda Pembangunan Perindustrian memberitahu, peniaga Islam boleh memohon untuk mendapatkan sijil halal dengan hanya membayar RM200 untuk tempoh dua tahun.

Kata beliau, JAIS akan memantau serta memberi panduan kepada peniaga berkenaan terutamanya berkaitan hal penyediaan dan kebersihan makanan dari semasa ke semasa.

''Peniaga Islam perlu memohon sijil halal berkenaan kerana ia bukan sahaja membolehkan pelanggan mempercayai produk mereka malah akan membantu mereka dalam memajukan perniagaan mereka," katanya.

UTUSAN

No comments: