JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 22, 2009

ALAHAI STREAMYX....


PADA 24 April lalu, saya membuat permohonan untuk mendapatkan kemudahan internet Streamyx di TM Point Setapak bagi kegunaan pejabat di Setapak Indah, Kuala Lumpur. Sejak itu, harapan saya untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan tidak kesampaian. Pelbagai alasan diberikan ketika saya menghubungi pegawai TM untuk penjelasan lanjut, malah saya diminta membuat permohonan semula. Anehnya, pada Mei lalu, saya menerima menerima surat menyatakan permohonan perkhidmatan Streamyx ditolak.

Sekali lagi saya terperanjat apabila dimaklumkan bahawa talian internet saya digunakan pelanggan TM yang mendaftar Streamyx di talian telefon saya pada 2008. Sebelum ini, penggunaan bil beliau dicajkan ke bil akaun syarikat saya. Bermakna, perkara ini berlarutan sejak tahun lalu. Saya membuat aduan dan caj terbabit ditolak dari akaun.

TM bagaimanapun tidak menamatkan talian internet berkenaan. Baru-baru ini, saya ditawarkan Pelan SME Wang Broadband Plus dan SME Wang 125 Call dari TM, pada mulanya saya tidak berminat, namun selepas dipujuk saya bersetuju. Seminggu kemudian permohonan saya diterima, malangnya talian internet tidak disediakan, jadi pelan itu tidak berguna bagi saya.


Saya amat tertekan dengan keadaan itu, ditambah keadaan ekonomi belum stabil.

Saya berusaha untuk memajukan perniagaan dan membuat permohonan mengikut prosedur, bagaimanapun sudah berbulan-bulan saya masih menerima jawapan yang sama.

Mengikut TM, kes saya jarang berlaku di negara ini sehingga terpaksa dihantar ke bahagian forensik TM untuk siasatan.

Pada 9 Julai lalu, TM menghubungi saya, memaklumkan permohonan internet berjaya, malangnya penyambungan gagal dilakukan berikutan masalah 'jumper.'

Sehingga kini, saya masih keliru dengan masalah itu dan selepas empat bulan, saya masih gagal mendapatkan perkhidmatan Streamyx sehingga menjejaskan operasi perniagaan.

Saya berharap TM dapat menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana ia berlarutan sejak sekian lama.

AZYYATY OTHMAN,
Kuala Lumpur.

surat pembaca berita harian

No comments: