JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 23, 2009

sedikit atau banyak, yang pasti tambang tetap naik


Persatuan Pengusaha Bas Bumiputera Sabah (PPBBS) memberi jaminan kadar tambang bas mini dan berhenti-henti di bandar raya ini tidak akan dinaikkan sehingga tahap maksimum seperti ditetapkan dalam kadar diumumkan kerajaan minggu lalu.

Presidennya, Lokman Sunggim, berkata pihaknya akan berbincang dengan pengusaha bagi menentukan kadar tambang baru ke semua destinasi dengan mengambil kira kemampuan pengguna dan kesesuaian tambang berdasarkan lokasi serta persaingan dengan syarikat pengusaha bas lain.
Katanya, perbincangan itu perlu untuk memastikan kadar baru setiap destinasi diseragamkan pengusaha sebelum dilaksanakan mulai 1 Ogos ini bagi mengelak perbezaan tambang antara pengusaha.

"Oleh kerana kerajaan sudah meluluskan kenaikan tambang perkhidmatan bas mini dan berhenti-henti, maka mulai 1 Ogos ini pengusaha di bandar raya ini akan mengenakan kadar tambang baru berdasarkan persetujuan semua pengusaha.

"Walaupun ada kenaikan, saya memberi jaminan kadarnya tidak mencapai tahap maksimum. Kenaikannya mungkin hanya membabitkan perbezaan antara 10 sen, 20 sen, 50 sen dan RM1 mengikut kesesuaian destinasi," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenaikan tambang perkhidmatan bas mini dan berhenti-henti di bandar raya ini berikutan langkah kerajaan meluluskan kenaikan tambang pengangkutan awam di seluruh negara yang dilaksanakan mulai 1 Ogos ini.

Berdasarkan kadar baru itu, kerajaan menetapkan tambang bas mini di negeri ini sebanyak 18 sen setiap kilometer bagi tanpa hawa dingin dan 20 sen setiap kilometer bagi yang berhawa dingin dengan kenaikan masing-masing dua sen dan tiga sen.

Bagi bas berhenti-henti tanpa hawa dingin, kadar baru yang ditetapkan ialah 65 sen bagi dua kilometer pertama dan 9.4 sen bagi setiap kilometer berikutnya, manakala bas berhawa dingin, kadar baru ditetapkan ialah 78 sen untuk dua kilometer pertama dan 10.4 sen bagi setiap kilometer berikutnya.

Berdasarkan kenaikan itu, Lokman berkata, kadar tambang baru bagi destinasi seperti Likas dan Sepanggar dijangka mengalami kenaikan masing-masing 10 sen atau 20 sen dan antara 50 sen hingga RM1. bharian

No comments: