JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 22, 2009

Kecurian motosikal berleluasa


SIBU: Biarpun kejadian curi motosikal sering menjadi berita hangat serta terpampang di dada akhbar, namun masih ramai yang menjadi mangsa.

Jumaat lalu beberapa buah motosikal dilaporkan hilang dan ini jelas menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang mengabaikan tanggungjawab untuk memastikan motosikal mereka sentiasa berkeadaan selamat semasa ditinggalkan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintenden Zamani Hamdan berkata, pihaknya mengambil berat kejadian seumpama itu dengan mengadakan pelbagai operasi.

“Namun hanya bergantung kepada pihak polis tidak mencukupi kerana polis turut mempunyai tanggungjawab lain lebih-lebih lagi dalam memenuhi tuntutan masyarakat yang sentiasa bertambah setiap masa,” ujar beliau ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Zamani berkata, kejadian curi motosikal boleh berlaku di mana-mana dan ia menyukarkan pihak polis untuk memfokuskan operasi mereka terhadap jenayah terbabit.

Terkini katanya, majoriti kejadian curi motosikal dilaporkan berlaku di kawasan luar bandar.

Menurut Zamani, penjenayah menjadikan motosikal yang mudah dilarikan sebagai sasaran tanpa mengira model dan jenisnya asalkan ada pembelinya.

“Kalau motosikal itu masih baru mereka (penjenayah) akan terus jual dengan harga murah manakala motosikal jenis lama akan diambil alat ganti untuk dipasarkan di pasaran gelap,” jelas beliau.

Bagi mengelak jenayah tersebut daripada terus berleluasa, Zamani memberi amaran keras kepada pemilik motosikal supaya menjaga keselamatan motosikal masing-masing.

Pihak polis akan menyita motosikal yang tidak dipasang dengan kunci pendua serta yang tinggalkan dalam keadaan cuai.

Motosikal yang disita katanya hanya boleh dituntut sekiranya pemiliknya membayar ‘removal fee’ sebanyak RM30.

borneopost

No comments: