JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 23, 2009

TABUNG HAJI BELI MENARA RM4.1 BILION ???


TABUNG Haji adalah pembeli satu daripada tujuh menara di Platinum Park, projek pembangunan hartanah mewah bersepadu bernilai RM4.1 bilion dimajukan Naza TTDI Sdn Bhd di Jalan Stonor, Kuala Lumpur.

Sumber berkata, menara yang dibeli Tabung Haji itu akan berkongsi podium dengan menara pejabat 50 tingkat yang baru-baru ini telah dibeli Kumpulan Syarikat Naza, untuk dijadikan ibu pejabatnya.

“Saya tidak pasti sama ada menara itu dibeli Tabung Haji untuk tujuan operasi atau sebagai pelaburan,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang ditemui pada satu majlis di Kuala Lumpur, semalam mengesahkan sudah menjual menara ketiga di projek berkenaan, tetapi enggan mendedahkan identiti pembeli dan harganya.

"Ia sudah dijual tetapi saya tidak dapat mendedahkan siapa pembelinya,” katanya selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian pelesenan antara Kumpulan Syarikat Naza dan Well Springs Inc di Kuala Lumpur, semalam.

Projek berprestij Platinum Park yang dimajukan di kawasan seluas tiga hektar itu, bakal mempunyai tujuh blok menara termasuk menara pertama setinggi 50 tingkat yang dijual kepada Felda pada harga RM640 juta awal tahun lalu.

Platinum Park mempunyai tiga menara pejabat gred A, tiga kondominium dan satu hotel/apartment khidmat bertaraf lima bintang dengan nilai pembangunan kasar sekitar RM4.1 bilion. Keseluruhan projek Platinum Park dijadualkan siap pada 2018.

No comments: