JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 22, 2009

PENIAGA PENSIANGAN TERABAI ???


PENSIANGAN: Kira-kira 1,000 penduduk daerah kecil Pensiangan, di sini merayu kerajaan menyediakan premis perniagaan baru bagi menggantikan kedai lama yang sudah terlalu uzur.

Mereka memerlukan kedai yang lebih baik untuk berniaga dan menyediakan keselesaan untuk pengguna berbanding bangunan sedia ada yang bukan setakat sudah uzur, malah membahayakan keselamatan mereka.

Kedai sedia ada yang dianggarkan berusia lebih 60 tahun pernah menjadi tumpuan tentera British ketika Perang Dunia Kedua tetapi semakin kehilangan daya penarik sekarang.


Ada empat kedai di pekan ini tetapi hanya satu yang masih beroperasi berikutan kerosakan dinding dan bumbung pada ketiga-tiga kedai berkenaan.


Seorang penduduk, Mantoi Paling, 59, berkata kedai lama berkenaan mempunyai nilai sejarah tersendiri dan jika kerajaan menyediakan kedai baru, kedai yang lama itu harus dikekalkan sebagai satu daripada bahan sejarah di daerah ini.

"Berdekatan dengan kedai itu masih ada kubu yang dibina penduduk kampung menentang tentera Jepun. Ia boleh dijadikan daya tarikan pelancong.

"Kami merayu kerajaan menyediakan kedai baru. Bagaimanapun, kedai lama harus dikekalkan," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Selain beberapa kedai, pekan berkenaan ada sebuah sekolah, klinik kesihatan dan menjadi tempat persinggahan penduduk yang menaiki bot dari Salong ke beberapa kampung berdekatan seperti Selungai dan Kampung Bantul yang bersempadan dengan Kalimantan.

Wakil Ketua Anak Negeri, Tuoh Sungayan, 74, berkata kedai baru wajar dibina kerana bangunan sedia ada tidak menjamin keselamatan.

Ketua Kampung Salinatan, Ambril Antutun, 73, mencadangkan kerajaan mewujudkan tamu mingguan bagi memberi peluang penduduk memasarkan produk pertanian.

"Pekan ini akan menjadi lebih meriah jika tamu mingguan diadakan di sini. Kampung Salinatan ada potensi untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan," katanya.

bharian

No comments: