SAYA agak terkejut apabila tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) Sepang ketika menghantar tetamu dari Indonesia pulang pada petang Ahad lalui.
Saya terkejut mendapati ramai orang di sekitar terminal, manakala tempat letak kereta penuh sesak. Ada yang sanggup meletak kenderaannya di seberang jalan iaitu di luar kawasan LCCT.
Di bahagian pelepasan antarabangsa, saya dapati ramai penumpang yang sibuk mencari kaunter untuk mengambil 'pas masuk'. Yang beratur pun ramai, tetapi tidak terurus. Tetamu saya sepatutnya beratur di kaunter 3 atau 9, tetapi malangnya langsung tiada petugas di kaunter.
Namun, isu yang hendak saya perkatakan dan amat memeranjatkan adalah tahap keselamatan di LCCT. Bagasi tamu saya yang melalui mesin pengimbas langsung tidak ditampal pelekat sebagai tanda sudah melepasi pengimbasan.
Saya juga melihat ada penumpang yang langsung tidak melalui proses imbasan (x-ray) bagi bagasi yang hendak dibawa bersama di bahagian daftar masuk sama ada untuk dibawa bersama atau dimasukkan ke dalam kargo.
Saya sendiri memberanikan diri menembusi laluan 'No Entry' untuk membantu tamu saya dan jelaslah tiada siapa yang menghalang.
Polis atau pihak sekuriti langsung tidak kelihatan di laluan 'No Entry'.
INDERA PUTERA, Kuala Lumpur.
surat pembaca berita harian
No comments:
Post a Comment