PEGAWAI Daerah Tenom, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Daerah, Hj. Faimin Kamin perlu memperjelaskan kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kawasan Melalap yang tidak diberi tahu kunjungan Pembantau Menteri Pelancongan, yang juga merengkap Timbalan Presiden PBRS YB. Datuk Aliron Angin, sedangkan pemimpin parti komponen yang lain seperti Umno,UPKO,GERAKAN, dan MCA ada mengetahui lawatan Pembantu Menteri itu.
Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) disandang oleh mantan wakil rakyat Melalap Datuk Kadoh Agundong, memberi tahu wartawan Sabahkini.net mengesahkan beliau tidak diberitahu oleh Pejabat Daerah dalam lawatan Pembantu Menteri Pelancongan itu di Tenom.
Kadoh yang juga Naib Presiden PBRS bagaimanapun, hanya mahukan segala kelemahan itu diperbetulkan dan tidak berulang lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita PBRS Melalap, Fatimah Ibrahim mahukan Ketua Bahagian PBRS Melalap Datuk Kadoh Agundong meminta penjelasan mengenai perkara yang berlaku itu untuk mengelakkan salah tafsiran para pemimpin pusat itu kepada PBRS Melalap apa yang berlaku.
Fatimah yang juga selaku Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merasa kecewa apa yang berlaku, kerana sedangkan pemimpin komponen yang lain dapat mengiringi lawatan Pembantu Menteri itu.
Manakala beberapa ahli Parti itu menyifatkan perkara sedemikian membelakangkan kepimpinan Datuk Kadoh Agundong dan kalaulah ini cara penjawat awam ternyata mencenggah apa yang dikehendaki oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke enam Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak, yang mahu rakyat di Dahulukan, Pencapaian diutamakan dalam 1 Malaysia.
Ramai ahli PBRS berpendapat bahawa setiap kehadiran Menteri dan Pembentau Menteri sewajarnyalah protokol jujur kepada semua parti komponen dan jangan main pilih-pilih langsat, nanti terpilih yang mentah.
OLEH: HJ.WAHAB TIMPAI.
No comments:
Post a Comment