JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 19, 2009

Bomoh beri RM3 juta imbalan pelaburan RM150,000

Angan-angan seorang lelaki mahu menjadi jutawan segera hancur berkecai selepas mendapati kotak yang dijampi oleh seorang bomoh hanya mengandungi duit Cina mati.

Mangsa bukan sahaja ditipu dengan pulangan RM3 juta yang kononnya disimpan dalam kotak malahan dia terpaksa menelan air liur selepas wang simpanannya bernilai RM150,000 yang dijadikan pendahuluan lesap sekelip mata.

Menurut mangsa, dia telah diperkenalkan oleh kawannya kepada seorang bomoh yang dikatakan mempunyai kuasa sakti iaitu mampu menggandakan duit dalam tempoh beberapa hari.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa telah dibawa berjumpa dengan bomoh berkenaan di dalam sebuah bilik hotel bajet sebelum menyaksikan ‘pertunjukkan sakti’ iaitu kemunculan berjuta-juta wang di bahagian dinding dan tingkap.

Terpersona dengan pertunjukan itu, mangsa pada keesokkan hari terus mengeluarkan wang simpanan RM150,000 daripada bank dan menyerahkannya kepada bomoh berkenaan.

Bomoh itu kemudian menyerahkan sebuah kotak kertas yang didakwa akan mengeluarkan wang RM3 juta dengan syarat tidak membukanya dalam tempoh tiga hari.

Selepas tiga hari, mangsa kemudian membuka kotak tersebut dan alangkah terkejutnya mendapati kotak itu hanya mengandungi wang akhirat kepercayaan Cina yang ditutup menggunakan wang RM50 untuk menggaburi mata.

Menyedari tertipu, mangsa Jumaat lalu membuat laporan polis di Balai Polis Stesen Miri yang membawa kepada penangkapan tiga lelaki berusia 40, 20, dan 30 di sebuah bilik hotel bajet pagi tadi dipercayai terbabit dalam sindiket penipuaan menggunakan bomoh.

Setakat ini pihak polis masih mengesan ketua sindiket yang menyamar sebagai bomoh.

sarawakupdate

No comments: