JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 23, 2009

600 DELEGASI USIA KE PERSIDANGAN AGUNG 13 NOVEMBER 2009

DIJANGKA hampir 600 orang perwakilan dan pemerhati dari 25 bahagian (USIA) di negeri ini akan menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) yang ke 23 yang dijadualkan akan berlangsung dari 13 hingga 15 Nov akan datang di Kompleks 1 Borneo Jalan Sulaman.

Yang Dipertuanya Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai berkata, perhimpunan ini dijangka akan diresmikan oleh bekas Perdana Menteri yang kini Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Tun.dr.Mahathir Mohamad.

“ Mesyuarat ahli majlis tertinggi pertubuhan ini telah bersetuju menatapkan tarikh perhimpunan tersebut juga bersetuju bagi memberikan penghormatan kepada Yang Dipertua (PERKIM) Tun Dr.Mahahtir Mohamad untuk merasmikannya” katanya ketika ditemui media selepas mempengerusikan mesyuarat ahli majlis tertinggi di bangunan ibu Pejabat (USIA) pagi kemarin.

Hadir sama di majlis tersebut Timbalannya Tan Sri Ampong Haji Puyung,Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin serta naib-naib Yang Dipertua (USIA)

Menurut Sakaran perhimpunan agung tahun ini disifatkan perhimpunan yang begitu penting dimana selain berlakunya pemilihan ahli jawatankuasa tertinggi pertubuhan tersebut beberapa usul juga akan turut dibahaskan oleh para perwakilan yang hadir ke perhimpunan kali ini.

“Walaupun perhimpunan tahun ini akan melibatkan pertandingan bagi merebut jawatan ahli majlis tertinggi, saya berharap ianya akan berlangsung dalam semangat penuh setiakawan dan persaudaraan sesama Islam yang penting agenda untuk memperkasakan halatuju serta gerakan dakwah pertubuhan ini perlu diberikan keutamaan” katanya.

Sehubungan dengan itu Sakaran berharap para perwakilan lebih bersikap proaktif dan kreatif dalam memberikan sebarang pandangan dan idea semasa berbahas pada perhimpunan kali ini dimana ianya akan menjadi asas kepada (USIA) untuk terus memperkasakan gerakan dakwahnya pada masa akan datang seiring dengan cabaran semasa yang bakal dihadapi oleh masyarakat Islam keseluruhannya.

Oleh: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments: