JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 23, 2009

Untung DiGi merosot


DiGi.Com Bhd. (DiGi) mencatatkan keuntungan sebelum cukai yang rendah sebanyak RM323.94 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2009, daripada RM403.97 juta dalam suku yang sama tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, pendapatannya meningkat kepada RM1.20 bilion daripada RM1.19 bilion.

DiGi dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata kenaikan pendapatan itu disumbang terutamanya daripada peningkatan kukuh jumlah pelanggan meskipun purata pendapatan bagi satu pengguna (ARPU) menurun pada RM54 (2008:RM59) ekoran perbelanjaan kurang daripada segmen pendapatan rendah.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, DiGi mencatatkan keuntungan sebelum cukai rendah sebanyak RM696.40 juta berbanding RM799.62 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Syarikat itu berkata, penurunan tersebut disebabkan terutamanya peningkatan kos kewangan berkaitan dengan pinjaman tambahan, beserta susut nilai dan pelunasan tinggi ekoran pemulaan pelunasan spektrum 3G dan peningkatan susut nilai bagi kelengkapan tertentu semasa tempoh kewangan semasa. - Bernama

No comments: