JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, July 22, 2009

Syarikat Perladangan Dan Pembalakan Di Belaga Dibidas

BELAGA, 21 Julai (Bernama)-- Menteri Pembangunan Tanah negeri Datuk Seri Dr James Jemut Masing membidas sesetengah syarikat perladangan dan pembalakan yang beroperasi di sini, melarang penduduk tempatan melalui kawasan konsesinya.

Beliau berkata larangan itu menyebabkan pergisiran antara mereka dengan penduduk tempatan yang terpaksa melalui kawasan konsesinya untuk ke rumah mereka.

"Saya diberitahu bahawa kakitangan syarikat itu malahan melarang wakil rakyat tempatan daripada memasuki kawasan tersebut untuk melawat kawasan pilihan raya tersebut," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek stesen penyelidikan pembangunan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berharga RM10.5 juta di Sungai Asap di sini.

Pelancaran itu dilakukan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.

Dr Masing berkata sikap negatif syarikat pembalakan dan perladangan merupakan sebahagian daripada punca peneroka luar bandar di negeri ini membantah operasinya.

Sementara itu Dompok berkata syarikat pembalakan dan perladangan janganlah menunggu sehingga kerajaan menasihatkan mereka agar bersikap mesra peneroka tempatan berikutan dengan sikapnya tetapi mereka sendiri hendaklah memulakannya.

Beliau menambah syarikat-syarikat itu hendaklah memenuhi tanggungjawab sosialnya dengan bersikap mesra penduduk tempatan kerana kementeriannya tidak ada kuasa untuk mengawal syarikat itu bagi membenarkan mereka melalui kawasan konsesinya.

Katanya adalah juga menjadi tugas syarikat itu untuk memulihara alam sekitar di mana mereka menjalankan operasinya terutama dalam mengekalkan habitat hidupan liar dan menjauhi daripada pencemaran sungai.

No comments: