JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 26, 2009

Usia puji usaha Jawi Labuan


LABUAN: Yang Di Pertua Pertubuhan Islam Sabah (Usia), Tun Datuk Seri Sakaran Haji Dandai memuji usaha yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Labuan dalam meningkatkan syiar Islam di pulau ini.

“Jawi Labuan telah berjaya memainkan peranan sehigga berjaya melengkapkan usaha untuk memartabatkan dan mengimarahkan Islam di pulau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dihadapan pegawai dan kakitangan Jabatan Jawi Labuan sempena lawatan singkat beliau ke pejabat itu pagi kelmarin.

Turut sama, isteri beliau, Toh Puan Hajah Siti Rokayah Abdullah, Naib Yang Dipertua (Usia), Datuk Haji Matussin Awang Damit, Setiausaha Agung (Usia), Datuk Haji Abdullah Hussin, Ketua Usia Bahagian Labuan, Mohd Ali Datuk Seri Mohd. Bledram dan Ketua Penolong Pengarah Jawi Labuan, Yusof Mamat.

Tun juga turut berharap supaya Usia dan Jawi dapat menjalinkan kerjasama bukan saja untuk merapatkan silaturahim bagi kedua-dua pihak, tetapi dalam masa yang sama dapat berkongsi maklumat untuk menjelaskan isu-isu berkaitan agama terutamanya kepada generasi baru dan masyarakat umum yang kurang memahami mengenai Islam.

Terdahulu sebelum itu, Ketua Penolong Pengarah Jawi, Yussof Mamat dalam taklimat berkata, Jawi Labuan ketika ini mempunyai 145 kakitangan yang merangkumi penolong pengarah, penguatkuasa, pegawai dan kakitangan sokongan.

Katanya lagi sebagai usaha untuk mempertingkatkan lagi perkhidmatannya kepada orang ramai, jabatannya akan mengambil sekurang-kurangnya 52 tenaga baru dalam pelbagai jawatan termasuk juga membesarkan ruang pejabat bagi menampung pertambahan kakitangan.

Ketika ini katanya, Jawi mentadbir dan mengurus sebanyak 11 buah Sekolah Agam Rendah Islam (SRAI) yang membabitkan seramai 2,762 pelajar dan 125 guru agama.

Selain itu katanya, jabatannya juga turut mentadbir dan mengurus 12 buah masjid, 14 surau Jumaat, 28 surau biasa dengan melibatkan seramai 27 iman rakyat, 217 bilal dan 17 orang noja yang ditempatkan di semua masjid dan surau.

Menyentuh mengenai stastistik pendaftaran kemasukan Islam katanya, untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini jabatannya merekodkan seramai 50 orang saudara baru.

“Pada tahun 2007 Jawi telah merekodkan seramai 119 orang, bagaimanapun angka itu menurun pada tahun 2008 kepada 105 orang,” katanya.

Tun Sakaran adalah dalam rangka lawatan kerja bagi merasmikan Mesyuarat Agung Usia Bahagian Labuan kali ke 24 serta menghadiri majlis ceramah agama yang diadakan di Masjid Nur Hidayah Kampung Batu Arang.

Selain itu, beliau bersama rombongan turut mengadakan lawatan ke Labuan Liberty Port Management.

No comments: