Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (Pemudawilayah) mengucapkan tahniah kepada Unit Narkotik, Polis Diraja Malaysia yang telah berjaya menyerbu sebuah Kelab Gay di ibukota pada 19 Julai lepas.
Pihak media yang menyiarkan berita berkenaan tidak menyatakan nama Kelab itu, hatta dalam siaran TV sekalipun nama Kelab itu dikaburkan.
Walaubagaimana pun Pemudawilayah telah menyelidiki dan nama Kelab itu adalah Kelab ‘Marketplace’.
Kita tidak tahu kenapa pihak media enggan menyiarkan nama kelab berkenaan. Tetapi penting bagi masyarakat mengetahui nama-nama Kelab itu agar mereka tidak mendekati kelab berkenaan.
Pemudawilayah kesal kerana kelab-kelab Gay dan Lesbian tumbuh tanpa sebarang halangan dari pihak berkuasa. Mereka menjalankan aktiviti dengan bebas dan mudah dikesan, namun kehebatan Special branch Malaysia akhirnya padam bila berhadapan dengan kumpulan songsang ini.
Inilah yang menjadi kekesalan ramai pihak. Adalah mustahil jika tiada seorang pun dari 93,348 anggota dan pegawai Polis yang ada diseluruh negara tidak tahu aktiviti Kelab-kelab ini.
Kenapa operasi dibuat oleh Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur sahaja. Kenapa tiadanya anggota Polis dari Cawangan Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) serta pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam operasi ini.
Semua media mengatakan kelab berkenaan Kelab Gay tetapi masih tiada tangkapan terhadap pasangan gay itu.
Apakah kita tiada undang-undang untuk membanteras gejala ini.
Pemudawilayah mendesak agar pihak berkuasa serius mengangani isu ini yang bukan sekadar berlingkar dalam soal dadah, tetapi sudah sampai ke tahap yang memburukkan imej negara.
Pemudawilayah juga mendapat maklumat bahawa Syarikat Prince World Kuala Lumpur turut terlibat dalam menganjurkan pesta sedemikian rupa.
Antara pesta yang pernah diadakan khusus bagi menarik kumpulan gay dan lesbian ini adalah Prince Fest, Sleaze Ball dan White Party. Syarikat ini berkerjasama dengan beberapa Kelab malam terkemuka di ibu negara untuk menganjurkan pesta mereka dan perkara ini boleh dilihat dalam web site mereka di http://www.princeworldkl.com/.
Selain itu, Utopia-sebuah laman web gay dan lesbian antarabangsa (Asia)dari luar negara telah mengiktiraf beberapa Kelab Malam di Ibu Kota sebagai pusat strategik aktiviti mereka.
Antaranya adalah Kelab Frangipani, La Bear Café, PALACE Bar dan macam-macam lagi. Maklumat ini boleh dilihat oleh pihak berkuasa di http://www.utopia-asia.com/klbars.htm.
Pemudawilayah berharap agar pihak berkuasa seperti Polis, JAWI dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur membuat penyiasatan dan menutup syarikat dan Kelab-kelab ini jika benar mereka menawarkan aktiviti maksiat yang songsang ini.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya malu jika ibu negara kita dikenali diseluruh dunia sebagai pusat pesta Gay dan Lesbian.
Kerajaan harus bertindak tegas dan memerangi golongan ini. Kebebasan setiap makhluk itu adalah hak peribadi mereka, tetapi bila perlakuan mereka berada diluar norma masyarakat, maka masyarakat harus memperbetulkan keadaan.
Kita tidak mahu melihat generasi akan datang akan pupus kerana lelaki menjadikan lelaki sebagai ‘soul mate’ mereka dan begitu juga kaum wanita yang tidak lagi menjadikan lelaki sebagai suami mereka.
Herman Samsudeen
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
http://dppwp.wordpress.com
No comments:
Post a Comment