JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 30, 2009

Pemuda PAS Sabah Sertai GMI


Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyeru kepada masyarakat Sabah agar turut sama dalam Himpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos nanti.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Salman Amin memaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan memobilasi ahli-ahli PAS di Sabah agar turut sama membawa perjuangan memansuhkan ISA ini kepada masyarakat di Sabah.

“sudah tiba masanya masyarakat Sabah menyatakan rasa tidak setuju dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak sepatutnya meneruskan undang-undang yang tidak berperikemanusiaan ini”

Beliau berkata, ISA merupakan undang-undang yang tidak relevan lagi dalam situasai Negara pada masa sekarang ini. Tidak ada dalam mana-mana agama dalam dunia ini, apatahlagi seorang yang bergelar muslim boleh merampas hak kebebasan individu lain tanpa sebarang bukti kukuh pada masa sama dia tidak dibenarkan membela diri. Jelas sekali bahwa ISA undang-undang zalim dan mesti dimansuhkan.

“masyarakat Sabah telah melihat perkara ini dengan begitu jelas dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak boleh lagi berbohong dengan alasa an-alasan yang dangkal. Sebahagian dari tahanan ISA yang pernah ditahan sebelum ini adalah rakyat Sabah.

Ketika ditanya, samada Himpunan Mansuhkan ISA akan diadakan di Sabah beliau berkata, perkara ini akan dibawa berbincang bersama dalam kalangan Pemuda Pakatan Rakyat kerana kita mahu seluruh lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik bangkit menentang kezaliman UMNO-Barisan Nasional.

“setakat ini kita telah memobilasi sebanyak mungkin ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat Sabah agar turun pada 1 Ogos nanti bersama dalam Himpunan Mansuhkan ISA. Ini mesej dari masyarakat Sabah.

Beliau juga menegaskan, kebangkitan rakyat Sabah tidak boleh disekat lagi dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menerima padahnya pada PRU-13 yang akan datang jika undang-undang zalim seperti ISA ini dikekalkan tanpa menghiraukan suara rakyat.

sabahdaily.com

No comments: