MASALAH keruntuhan rumah tangga semakin serius pada masa kini. Sikap remaja yang terlalu mengikut perasaan menyebabkan mereka kahwin awal, malah ada yang berkahwin kerana teman wanita mereka hamil.
Sungguh sedih melihat remaja perempuan yang masih bersekolah (ada yang masih belajar di menengah rendah) terpaksa berhenti sekolah untuk berkahwin dan menunggu masa untuk melahirkan anak.
Bukankah masa itu sepatutnya mereka menumpukan perhatian pada pelajaran? Namun, sebaliknya pula berlaku. Mereka terpaksa menanggung tanggungjawab yang amat berat untuk menyara dan mendidik anak mereka yang bakal lahir.
Namun, apa yang semakin merunsingkan ialah kemasukan beramai-ramai gadis dari China. Saya tidak pasti adakah negeri lain mempunyai masalah yang sama atau tidak. Yang pasti, di daerah Manjung, Perak boleh dikatakan gadis dari China ini bagai `cendawan tumbuh selepas hujan`.
Di mana saja, kita boleh nampak kelibat mereka bersama lelaki. Masalah ini semakin serius memandangkan banyak rumah tangga berada di ambang keruntuhan kerana si suami terlalu ghairah dengan gadis ini sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai suami dan bapa.
Saya diberitahu banyak rumah tangga di taman saya ini sedang di ambang keruntuhan kerana gadis China ini. Si suami bagaikan termakan mantera gadis ini. Mereka tidak mempedulikan tangis rayu isteri supaya balik ke pangkuan keluarga.
Sampai saja masa, mereka akan menghiaskan diri dengan pakaian dan minyak wangi dan keluar mencari si gadis China. Apabila mendapati isteri melarikan diri bersama anak, mereka lagi gembira. Boleh dikatakan setiap hari ada saja pakaian dalam dan baju yang seksi tergantung di ampaian rumah mereka.
Selang beberapa hari, ada saja gadis yang baru. Lepas itu, gadis-gadis ini akan bertukar ke tempat lain. Tinggallah si suami sehelai sepinggang keseorangan. Ada si isteri yang balik ke pangkuan suami demi anak, namun banyak yang berakhir dengan perceraian. Siapakah mangsa? Anak-anak yang menjadi mangsa nafsu bapa.
surat pembaca berita harian
No comments:
Post a Comment