JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 28, 2009

POLIS TANGKAP "TOYOL" DI SABAH


Polis menangkap seorang penganggur lelaki Filipina yang dikenali sebagai ‘toyol’ kerana terlibat dalam pengedaran dadah dan mencuri motosikal pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, DSP Zahari Mohammad, berkata lelaki berusia 23 tahun itu ditangkap oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik di kawasan Kampung Sungai Pampang Keningau.

Katanya, pada kejadian jam 3 petang itu, polis turut merampas 10 paket dadah disyaki syabu seberat 0.40 gram.

"Berikutan tangkapan ke atas saspek, polis turut menemui sebuah motosikal yang dipercayai dicuri di daerah Tambunan pada 4 Julai tahun ini bersama saspek," katanya.

Zahari memberitahu, polis percaya pengedar dadah berkenaan juga terlibat secara langsung dalam kegiatan mencuri motosikal di daerah Keningau.

Polis juga percaya saspek turut terlibat dalam kes-kes pecah rumah sebelum ini. Saspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya.

No comments: