JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 25, 2009

PENDARATAN CEMAS

bilun
Seorang juruterbang nyaris maut selepas pesawat ringan miliknya mendarat cemas di pantai Hawai, berdekatan Kampung Raan, Bakam tengah hari tadi.

Dalam kejadian sekitar 12.20 tengah hari, juruterbang Stanley Ting, 60, berlepas dari Kuching dan turut singgah di Sibu sebelum meneruskan penerbangan ke sini.

Bagaimanapun, semasa di kawasan udara Miri, pesawat tersebut dikatakan gagal berfungsi menyebabkan beliau terpaksa membuat pendaratan cemas.

Difahamkan, pesawat berkenaan kehabisan minyak dan pemeriksaan awal ke atas pesawat itu mendapati penutup minyak tidak ditutup dengan kuat.

Pesawat itu kemudian meneruskan perjalanan kira-kira jam 1.30 petang selepas mengisi minyak pesawatnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Miri, ACP Jamaludin Ibrahim dan Jabatan Penerbangan Awam Miri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments: