JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 19, 2009

Hindraf tubuh Parti Baru


Pertubuhan Hindraf yang diharamkan Oktober lalu, hari ini secara rasmi mengumumkan penubuhan entiti politik baru - Parti Hak Asasi Manusia dengan meletakkan sasaran tanding di 53 kerusi pilihan raya umum ke-13.

Hindraf pula akan terus berperanan sebagai pertubuhan bukan kerajaan dengan diketuai P. Waytha Moorthy.

Ia diumumkan oleh salah seorang pemimpinnya, P. Uthayakumar yang dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Mei lalu, di sini pagi ini.

Uthayakumar merupakan salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf ditahan ISA dan dibebaskan dalam dua peringkat sejak awal April lalu.

Katanya, parti itu terbuka kepada semua kaum dengan fokus kepada aspek hak asasi manusia terutamanya membabitkan masyarakat India.

Ia bakal muncul sebagai parti politik yang bertapak di Semenanjung.

"Kami akan muncul sebagai gerakan politik yang ketiga di negara ini, sebagai alternatif kepada Umno dan Pakatan Rakyat untuk membantu orang ramai," kata beliau yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Parti Hak Asasi Manusia.

Barisan lengkap jawatankuasa penaja akan diumumkan kelak, katanya.

Uthayakumar berkata, permohonan mendaftarkan parti itu telah dikemukakan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Wilayah Persekutuan pada 18 Jun lalu.

Belum ada respons sehingga sekarang, katanya.

"Berdasarkan kelulusan yang diberikan dalam tempoh dua minggu kepada sebuah parti Mei lalu, permohonan kami seharusnya sudah terima kelulusan sekarang," kata beliau pada sidang media selepas menerangkan pelan tindakan masa depannya di hadapan kira-kira 3,000 penyokongnya di sini.

Beliau tidak menyatakan nama parti yang memperoleh kelulusan dalam dua minggu itu.

Bagaimanapun ia jelas merujuk kepada Parti Makkal Sakthi Malaysia yang ditubuhkan oleh salah seorang penyelaras pusat Hindraf yang telah digugurkan.

Beliau juga mengumumkan parti itu sama ada menerima kelulusan atau tidak, akan tetap bertanding di 15 kerusi Parlimen dan 38 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Menurut beliau, ia adalah "kerusi majoriti pengundinya" masyarakat India yang bakal diwujudkan dengan mengadakan kempen satu orang satu undi.

Ia sebahagian daripada strategi masa depan yang diumumkan oleh beliau, yang turut dikeluarkan dalam bentuk buku 114 halaman bertajuk "Malaysian Indian Political Empowerment Strategy: The Way Forward".

"Buat masa sekarang kami bergerak sebagai jawatankuasa penaja. Jika tiada kelulusan menjelang pilihan raya umum akan datang, kami tetap bergerak aktif dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kami ada strategi, kami akan mengumumkan kemudian. Kami akan beroperasi seperti Parti Sosialis Malaysia (yang bergerak aktif sebelum permohonan diluluskan) hampir 10 tahun," katanya.

Uthayakumar berkata, pihaknya akan memfailkan kes jika tidak mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan sebagaimana dilakukan oleh Parti Sosialis Malaysia.

Menurut beliau, buku itu dihasilkan berdasarkan penelitian dan kajiannya sepanjang tahanan ISA selama 514 hari di Kamunting. mstar

No comments: