JUMAAT lalu, saya ke Puduraya untuk mendapatkan tiket bas untuk pulang ke Taiping.
Ketika berada di kaunter bas untuk membeli tiket, dua penjual tiket menghampiri saya dan menawarkan tiket ke Taiping di atas nama Syarikat Haider.
Selepas membuat kepastian di kaunter syarikat itu, saya membeli tiket itu, namun diberitahu harganya RM30 berbanding harga biasa RM24.70. Kerana tiada pilihan, saya membeli tiket itu.
Penumpang termasuk saya, kemudian diminta mengikut penjual tiket berkenaan berjalan kaki sehingga ke kawasan Hospital Thung Shin untuk menaiki bas.
Kami ditipu dan terpaksa menaiki bas sekolah.
Lebih malang lagi, pada awalnya kami diberitahu bas akan ke Taiping tetapi kami diturunkan di perhentian Kamunting.
Saya dan penumpang lain amat kecewa dengan perbuatan penipuan berkenaan ketika kami berasakan perkhidmatan bas awam semakin baik seperti yang dilaporkan sebelum ini.
PENUMPANG TERANIAYA, Putrajaya.
surat pembaca berita harian
No comments:
Post a Comment