JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 28, 2009

Pemuda Pakatan tubuh majlis muafakat

KENYATAAN MEDIA, 27 Julai 2009

Kami Pemuda PAKATAN RAKYAT yang terdiri daripada Dewan Pemuda PAS (DPP), Angkatan
Muda Keadilan (AMK) dan Pergerakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) hari ini memutuskan
penubuhan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat dengan penggunaan singkatan nama
MAMPAT. Mesyuarat MAMPAT yang pertama pada hari ini (Isnin 27hb Julai 2009) di Tingkat 2, Pejabat Pemuda PAS Pusat bersetuju bahawa ahli-ahli mesyuarat MAMPAT terdiri daripada
Ketua, Setiausaha dan 3 pimpinan tertinggi Pemuda yang lain daripada setiap parti dan akan
mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.

Pemuda PAS, AMK dan DAPSY percaya penubuhan MAMPAT ini akan menguatkan lagi hubungan kerjasama politik Pakatan Rakyat dan memberikan kekuatan untuk pemuda Pakatan Rakyat merencana gerak kerja bersama pada setiap masa. Penubuhan MAMPAT ini juga akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat dengan lebih cepat.

Mengenai Himpunan Mansuhkan ISA yang akan berlangsung pada 1 haribulan Ogos ini,
MAMPAT membuat penegasan pada hari ini menyokong penuh Himpunan tersebut dan
memberikan komitmen kehadiran pimpinan dan seluruh ahli pemuda Pakatan Rakyat ke
Himpunan tersebut. MAMPAT percaya himpunan tersebut akan berlangsung secara aman
sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu
mengawal keselamatan semua pihak.

Sekian.

Nasrudin Hassan, Ketua DPP

Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua AMK

Loke Siew Fook, Ketua DAPSY

No comments: