JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 23, 2009

Krisis air di Labuan


SEJAK Mei lalu, masalah bekalan air terus menjadi igauan buruk kepada seluruh penduduk di Wilayah Persekutuan Labuan termasuk pelajar di Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMS-KAL), Jalan Sungai Pagar.

Umum mengetahui air menjadi keperluan asas yang sangat diperlukan untuk minum, mandi dan membasuh pakaian. Universiti awam yang pertama di pulau bebas cukai itu sedang berdepan krisis air yang sangat kritikal sejak dua bulan lalu.

Walaupun Jabatan Bekalan Air (JBA) sedang menyediakan bantuan air, ia tidak mencukupi kerana kira-kira 2,000 pelajar memerlukan air berkenaan. Bekalan yang disalurkan tidak cukup untuk menampung jumlah yang ramai termasuk kakitangan universiti.

Pelajar terpaksa mengangkat air menggunakan baldi untuk dibawa naik ke kolej kediaman yang tentunya menyusahkan mereka terutama pelajar perempuan. JBA terpaksa mencatu air ke universiti itu kerana penggunaannya agak banyak untuk menampung air ke kolej kediaman yang mempunyai tiga tingkat.

Apabila lori tangki air tiba untuk mengisi air ke tangki, pelajar terus menyerbu lori itu untuk mengelak kehabisan stok air. Sudah kedengaran ramai ibu bapa membuat aduan mengenai isu air berkenaan tetapi keadaan sama masih berlaku.

Jangan sampai pelajar dan kakitangan universiti itu dijangkiti penyakit, barulah pihak berkuasa mencari jalan penyelesaian akibat terlalu lama masalah itu berlarutan. Saya juga mengetahui masalah air itu turut menimpa penduduk di beberapa kampung dan penghuni taman perumahan di sekitar Labuan yang memaksa mereka menjimatkan penggunaan air.

Sehubungan itu, saya merayu pihak yang berkenaan memberi tumpuan khusus untuk menangani dan menyelesaikan masalah itu, sesuai dengan gagasan Perdana Menteri, 1Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Saya berharap pemimpin masyarakat, ketua jabatan dan sesekali menteri yang berkenaan untuk meluangkan masa turun padang meninjau masalah rakyat walaupun ia dianggap tidak mempunyai kepentingan politik mana-mana pihak.

Bagaimanapun, keprihatinan JBA membantu pelajar membekalkan air sangat dihargai. Namun ia untuk penyelesaian jangka pendek. Penduduk tempatan yang terbabit mahukan jalan penyelesaian jangka panjang sesuai dengan status Labuan sebagai tumpuan pelancong dan pelabur dari seluruh dunia.

JAMILAH NORDIN, Labuan.

surat pembaca berita harian

No comments: