Timbalan Ketua Cawangan Khas Polis Sabah, ACP Rosdi Ramli meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini awal pagi Ahad, dipercayai akibat serangan jantung.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Abdul Ghafar Rajab berkata Rosdi, 54, meninggal kira-kira 2.55 pagi semasa menerima rawatan di HSB.
Allahyarham sebelum itu dikejarkan ke hospital setelah mengalami sesak nafas pada 1 pagi.
Beliau tiba di Kedah sejak petang semalam untuk menghadiri majlis temu duga kenaikan pangkat hari ini.
Abdul Ghafar berkata jenazah Allahyarham akan dihantar ke kampungnya di Sandakan hari ini.
Rosdi menyertai Polis Diraja Malaysia sebagai Inspektor pada 1975.

No comments:
Post a Comment