JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, July 23, 2009

HAPPY BIRTHDAY NAJIB - MIC


Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu dan setiausaha agung parti itu Datuk Dr S.Subramaniam pada Rabu mengucapkan selamat hari jadi ke-56 kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang disambut esok (23 JULAI 2009).

Mereka berharap Perdana Menteri akan dianugerahkan kekuatan dalam usaha beliau menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini menerusi konsep "1Malaysia".

"MIC akan tetap memberikan sokongan dan kerjasama padu kepada Datuk Seri Najib. Semoga panjang usia dan teruskanlah misi membangunkan Malaysia," kata mereka dalam satu kenyataan di sini.

Samy Vellu dan Subramaniam juga berkata rakyat telah menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap inisiatif Perdana Menteri dalam menangani pelbagai isu.

Kedua-dia pemimpin MIC itu berharap rakyat Malaysia akan terus memberikan sokongan kepada Najib untuk menjalankan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

Kenduri Doa Selamat Sesama Keluarga Sambut Hari Lahir Najib

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Datin Seri Rosmah Mansor berharap suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang akan menyambut hari lahirnya yang ke-56 esok diberi kekuatan untuk terus menjalankan tugas dengan baik, adil dan saksama.

"Kita akan menyambut hari lahir Datuk seperti biasa esok malam dengan mengadakan kenduri doa selamat yang dihadiri oleh keluarga serta sahabat politik Datuk," katanya kepada pemberita yang bertanyakan mengenai majlis sambutan yang beliau aturkan sempena hari lahir suaminya itu.

No comments: