JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 19, 2009

PRU SARAWAK : SEKUTU BN BERGABUNG, PRESIDEN ENGGAN BERUNDUR


Persidangan tiga-tahunan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) yang akan dijadual berlangsung dari 20-22 November tahun ini dijangka tidak menghadapi pertandingan bagi jawatan utama, kata presidennya Datuk Seri William Mawan.

Mawan, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Negeri, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur dalam entiti sekarang, ketika parti itu sedang berunding untuk bergabung dengan Parti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah lagi parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Buat masa ini saya belum memikirkan soal berundur dan saya tidak menjangka sebarang pertandingan bagi jawatan itu. Saya harap tidak," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi SPDP di sini, Sabtu.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, dijangka merasmikan persidangan tiga tahunan itu.

Mengenai cadangan gabungan, Mawan berkata, kedua-dua parti amat komited ke arah itu dan beliau sedia berkorban demi kepentingan rakyat dengan mengundurkan diri bila keadaan memerlukan.

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuhkan lagi BN, Mawan berkata mesyuarat hari ini membincangkan persiapan untuk mempertingkatkan lagi kempen menambah keanggotaan parti memandangkan senario politik sekarang dalam mana pilihan raya negeri akan berlangsung tidak lama lagi.- BERNAMA

No comments: