JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, July 19, 2009

TANDAS DIBINA BUKAN DIGUNA ???


Tandas Awam di Bangunan Sapang yang belum dapat digunakan kerana 'ditutup'

KUNAK : Tandas awam yang dibina di pekan Kunak adalah untuk kegunaan orang ramai apabila mereka memerlukannya. Pun begitu, kemudahan tersebut yang masih tidak dapat digunakan kerana 'ditutup' sepanjang masa mengundang reaksi negatif daripada seorang penduduk , Citra Masadi yang mengkiaskan bangunan itu seperti 'Hidup segan, mati tak mahu'.

Citra berkata, beberapa buah tandas awam yang dibina di pekan itu termasuk di Bangunan Sapang, Jalan Jaya Baru menuju ke pasar tamu mingguan, dan sebuah lagi berhampiran Bangunan Sedco di sini masih tidak digunakan.

"Apa yang jelas, tandas itu tiap tahun dicat baru dan diselenggara kononnya, tapi langsung tidak dibuka untuk kegunaan orang awam", katanya sambil menambah, ada diantara tandas yang didirikan itu tidak sesuai lokasinya kerana dibina bukan di kawasan tumpuan umum seperti berhampiran terminal bas atau kawasan yang mudah dilihat oleh pengunjung.

"Bajet untuk selenggara atau cat semula tandas awam itu datangnya dari wang rakyat, Apakah ini dikatakan membazirkan dana awam?, katanya memberitahu Daily Express menerusi telefon baru-baru ini .

Beliau juga mempersoalkan, sekiranya alasan yang diberi oleh pihak berkuasa bahawa 'penutupan' tandas itu disebabkan tiada air, bagaimana pula bangunan-bangunan kedai yang ada di pekan Kunak boleh dapat bekalan air?.
Mustahil Tandas Awam tidak boleh dibekalkan air paip sedangkan bangunan-bangunan kedai punya bekalan air paip?, tanya beliau lagi.

Citra berkata, jika sesuatu kemudahan prasarana yang belum mendesak untuk dibina, adalah lebih elok membuat perancangan teliti dengan menyedia kemudahan-kemudahan lain yang difikirkan lebih utama diperlukan oleh masyarakat.

"Saya difahamkan, masyarakat di pekan Kunak lebih suka gunakan tandas yang ada di restoran walaupun jika Tandas Awam itu dibuka untuk orang ramai", kata Citra. /kunakpress

No comments: