JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 18, 2009

PENAN KAMI DI ROGOL, TIADA LETRIK DAN MY KAD - BN NAIKKAN TARIF LETRIK ???


10,000 Penan antara 50,000 rakyat Malaysia yang tiada MyKad

KUCHING: Selepas mencapai kemerdekaan selama 52 tahun, Malaysia masih berdepan masalah penduduk tanpa kad pengenalan (MyKad) melibatkan lebih 50,000 penduduk termasuk kira-kira 10,000 orang Penan di Sarawak.

Isu berkenaan diketengahkan hampir setiap hari oleh media cetak dan elektronik tempatan dan kebangsaan.

Di sebuah penempatan Penan yang dipanggil Batu Bungan dekat Taman Negara Mulu di Miri, penduduk kampung itu langsung tidak faham kenapa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terpaksa mengambil masa begitu lama untuk meluluskan permohonan sijil kelahiran dan MyKad mereka.

Ketua Kampung Beluluk Seng, yang berusia dalam lingkungan usia 80-an, berkata kira-kira 100 kanak-kanak dan orang dewasa daripada 300 penduduk kampungnya masih belum memiliki MyKad.

Beluluk berkata beliau hanya memperolehi MyKad bertahun-tahun lalu tetapi isteri keduanya belum memiliki dokumen berkenaan.

“Sudah dua kali isteri saya membuat permohonan tetapi masih belum ada kad pengenalan hingga kini.

“Saya tidak tahu mengapa permohonannya gagal,” katanya ketika ditemui di kampungnya baru-baru ini.

Masyarakat di situ menamatkan cara hidup berpindah-randah dengan menetap di Batu Bungan pada 1977.

Mulu dapat diakses menerusi pengangkutan udara dan sungai.

Rose Beluluk, 30, juga senada dengan bapanya dan memberitahu untuk memohon MyKad dan sijil kelahiran, mereka terpaksa pergi ke bandar terdekat iaitu Marudi dengan kos yang tinggi.

“Kami terpaksa mengeluarkan RM300 untuk pergi ke Long Panai dari Mulu dengan menaiki bot panjang dan beberapa ratus ringgit lagi dari Long Panai ke Marudi.

“Di Marudi, kami perlu mencari tempat penginapan selama beberapa hari sebelum kami dapat kembali ke kampung.

“Perjalanan seperti ini amat membebankan kerana kebanyakan kami tidak memiliki pekerjaan dengan pendapatan yang stabil,” ujarnya.

Rose memberitahu, bapa saudaranya juga sudah tiga kali memohon MyKad di Marudi tetapi masih gagal.

“Saya tidak tahu kenapa. Anda tanya kerajaan,” katanya.

Ibu kepada empat orang anak itu juga berkata dia sendiri menghadapi masalah mencari nafkah bagi menyara hidup dan menghantar anak-anaknya ke sekolah.

“Saya membuat kraf tangan untuk dijual manakala suami saya menanam sayur-sayuran untuk kegunaan diri sendiri.

“Saya tidak memperolehi pendapatan yang banyak daripada hasil jualan kraf tangan,” katanya.

Maka itu, Rose berkata kerajaan harus memikirkan tentang kesusahan yang diharungi masyarakat Penan setiap kali mereka memohon sijil kelahiran dan MyKad.

Sebuah akhbar kebangsaan melaporkan, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah berjanji membuat keputusan mengenai status permohonan kerakyatan di negara ini.

Dilaporkan juga beberapa kumpulan termasuk parti politik sering membangkitkan isu berkenaan dan mahu kerajaan mengurangkan kerenah dalam proses permohonan kewarganegaraan.

Presiden Liga Wanita Johor, Thanam Viswanathan berkata jika isu ini tidak diselesaikan dengan segera, status individu yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri akan menyebabkan generasi baru berdepan pelbagai masalah. borneopost

Penan mendapat hadiah Krismas

Kaum Penan di Long Bruang Ulu Baram akan menikmati bekalan elektrik di rumah panjang mereka sebelum perayaan itu tahun ini

MIRI: Masyarakat Penan di Long Bruang Ulu Baram, yang terletak berhampiran dengan sempadan Kalimantan, Indonesia akan menikmati bekalan elektrik di rumah panjang mereka sebelum perayaan Hari Krismas tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Lihan Jok memberitahu sumber bekalan elektrik untuk kawasan itu diterima daripada projek hibrid solar yang dijadual siap pada penghujung tahun ini.

“Ini merupakan hadiah Hari Krismas paling berharga daripada kerajaan kepada masyarakat Penan.

“Pembiayaan projek ini adalah daripada pakej rangsangan ekonomi yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” jelasnya semasa lawatan kerja untuk menemui penduduk Long Bruang baru-baru ini.

Perjalanan darat selama sembilan jam dari bandar raya Miri menggunakan jalan balak perlu dilalui untuk sampai ke rumah panjang tersebut.

Lihan ditemani jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR), penyelia projek Sidney Wee dan jurutera daripada syarikat Samling Sdn Bhd.

Lawatan berkenaan bertujuan memberitahu penduduk tentang perkembangan projek serta menubuhkan jawatankuasa untuk memantau projek.

Menurut Lihan, projek hibrid solar itu mampu menjana sebanyak 30 hingga 40 kilowatt (kw) untuk keperluan rumah panjang Long Bruang yang kini didiami 30 keluarga masyarakat Penan.

Beliau berharap bantuan bekalan elektrik itu akan memberi keselesaan kepada penduduk Penan dan membolehkan mereka merasai serba sedikit pembangunan yang dibawa oleh kerajaan kepada masyarakat luar bandar.

“Dengan adanya sumber elektrik ini, hubungan dan pergaulan penduduk akan dapat dirapatkan lagi tetapi yang paling penting ialah ia membolehkan anak-anak mereka mengulangkaji pelajaran pada sebelah malam,” jelasnya.

Lihan memberitahu, projek berkenaan merupakan tiga projek di bawah skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di kontituensi Telang Usan.

Projek lain ialah untuk rumah panjang Long San dan Long Semiang yang didiami oleh kaum Kenyah.

Sebanyak 20 rumah panjang telah mengemukakan permohonan untuk projek BELB dengan 15 kawasan dikenal pasti berpotensi untuk projek hidro-mikro sementara tiga kawasan adalah di bawah projek melibatkan kerjasama antara kerajaan, swasta dan penduduk.

Ketika di Long Bruang, Lihan turut mengadakan lawatan ke pusat pelbagai guna yang menempatkan pusat kraf tangan dan pusat internet yakni projek yang telah dicadangkan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Alfred Jabu.

“Kita menggaji pekerja sepenuh masa untuk menjaga pusat ini.

“Pusat ini bukan hanya untuk masyarakat Penan. Long Bruang adalah kawasan yang unik kerana didiami oleh tiga kumpulan kaum pribumi iaitu Penan, Kelabit dan Kenyah,” jelasnya.

Menurut Lihan, walaupun pusat berkenaan terletak di kawasan rumah panjang kaum Penan, ia adalah hak milik semua penduduk di kawasan sekitarnya.

Beliau berharap penduduk Penan yang masih berpindah-randah akan menetap di Long Bruang dan menikmati bersama bekalan elektrik di kawasan berkenaan.

“Kita tidak mahu mereka terpinggir daripada pembangunan kerajaan.

“Mereka boleh mempelajari bersama kemahiran yang diajar kepada penduduk di kawasan ini seperti pertanian dan pengurusan,” jelasnya. borneopost

KES ROGOL PENAN TAK SETL2 !!!

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, digesa supaya tampil dan membuat pengumuman mengenai kandungan Laporan Pasukan Petugas Khas yang menyiasat dakwaan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa wanita muda dan pelajar dari kaum Penan di rogol pembalak di pedalaman Baram.

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin ketika membuat gesaan itu berkata, orang ramai sudah lama menunggu pendedahan laporan itu, sebagaimana yang dijanjikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum ini, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

"Sehingga kini, rakyat Malaysia masih menunggu hebahan mengenai laporan penyiasatan yang lengkap disediakan pada pertengahan bulan November 2008 oleh badan itu," katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

"Wanita Keadilan menuntut supaya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, segera mengedarkan laporan itu kepada umum supaya dapat diteliti, dan bersama mencari jalan penyelesaian isu ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Tahun lalu, sebuah laman web NGO, Bruno Manser Foundation, menyiarkan artikel yang mendakwa mereka mendapat maklumat bahawa wanita muda dan pelajar perempuan kaum Penan dirogol oleh pekerja balak di pedalaman Baram.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, kemudiannya dilaporkan berkata, siasatan polis tidak menemui bukti mengenai perkara itu, manakala Dr Ng Yen Yen pula berkata, kerajaan akan mengumumkan hasil siasatan mengenainya nanti. - Bernama

TAMBANG DI SARAWAK MENINGKAT ???


KUCHING: Kenaikan kadar tambang pengangkutan awam di Semenanjung yang diumumkan Kerajaan Pusat semalam, akan turut dilaksanakan di Sarawak berkuat kuasa 1 Ogos ini.

Setiausaha Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan ( LPKP) Sarawak, Wan Samsulri Wan Hasbi, berkata semua pengusaha teksi, kereta sewa, bas sekolah, bas henti-henti dan bas ekspres di negeri ini sehubungan itu diminta bersedia untuk mengubah kadar tambang mereka.

"LPKP Sarawak juga akan membenarkan pengangkutan awam di negeri ini mengenakan kenaikan kadar tambang seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, semalam," katanya kepada Berita Harian.

Nazri mengumumkan kadar tambang bas sekolah di Semenanjung akan naik 6.33 sen kepada RM27.43 sekilometer pertama, manakala bas sekolah berhawa dingin dibenarkan menaikkan tambang sehingga 30 peratus.

Kadar tambang bas ekspres di Semenanjung pula dinaikkan 2 sen kepada 8.5 sen sekilometer, manakala bas pengantara naik 10 sen sekilometer; bas mini naik 20 sen sekilometer dan teksi pula dari RM2 ke RM3.

Wan Samsulri berkata, kenaikan kadar tambang kesemua pengangkutan awam di Sarawak adalah sama dengan Semenanjung.

Beliau berkata, negeri ini mempunyai 1,461 teksi dan kereta sewa, 300 bas ekspres, 512 bas henti-henti dan sekitar 1,000 bas sekolah, dengan kadar tambangnya kali terakhir dikaji dan diubah pada 2005.

Beliau turut meminta semua pengusaha kenderaan pengangkutan awam di negeri ini supaya meningkatkan mutu perkhidmatan mereka selari dengan kenaikan tambang, bagi memastikan orang ramai mendapat perkhidmatan yang setimpal. bharian

PENAN TIADA MYKAD & LETRIK, BN PULA NAIKKAN LETRIK DAN TAMBANG DI SARAWAK


Kertas kerja mengenai kenaikan tarif elektrik akan dibentangkan pada mesyuarat Kabinet Rabu depan dan jika diluluskan ia dijangka akan dikuat kuasa mulai bulan depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Beliau berkata, kenaikan tersebut yang melibatkan keseluruhan pengguna elektrik dalam negara termasuk pihak komersial dan pengguna biasa, telah mendapat kelulusan daripada Majlis Ekonomi Negara.

"Bagaimanapun peratus kenaikannya masih belum boleh diumumkan sehinggalah ianya diluluskan oleh Kabinet," katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan warga kementeriannya serta pelancaran logo baru kementerian tersebut, di sini hari ini.

Ditanya sama ada kenaikan tersebut bakal menambah lagi beban rakyat yang baru diumumkan dengan kenaikan kadar tambang pengangkutan awam semalam, Peter Chin berkata kenaikan tersebut tidak akan terlalu membebankan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan kerana ia didorong oleh harga bahan api dan gas di pasaran antarabangsa yang menyebabkan kenaikan kos penyelenggaraan.

"Kalau kita tidak naikkan, pihak kerajaan atau Tenaga Nasional Berhad kena buat subsidi sebab ada pihak yang terpaksa membayarnya (kenaikan kos).

"Kita boleh jelaskan kenapa tarif perlu dinaikkan dan kalau kita dapat menjelaskan dengan kukuh dan jumlahnya tidak terlalu tinggi hanya bagi menyeimbangi kos, maka saya fikir rakyat boleh memahami keadaannya," kata beliau.

Berucap di majlis itu, Peter Chin berkata, kerajaan sedang mengambil tindakan proaktif mengenai mitigasi bagi mengatasi jangkaan kekurangan air akibat fenomena El Nino.

Beliau berkata, beberapa siri perbincangan yang melibatkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi dan operator air di seluruh negara telah diadakan bagi memastikan bekalan air mencukupi.

Orang ramai juga perlu segera melaporkan kepada operator air jika terdapat sebarang kebocoran air dan insiden paip pecah bagi mengelakkan pembaziran air, katanya.BERNAMA

No comments: