JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, July 18, 2009

ZAHID AKUI PERNAH JUMPA PIMPINAN ISRAIL


Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu di Asia Barat.

Beliau berkata pertemuan tersebut bukan atas permintaannya tetapi diminta sendiri pemimpin Israel itu dan beliau adalah satu-satunya Menteri Pertahanan yang ditemui Netanyahu.

"Saya mengenakan syarat kepada beliau (Netanyahu) sekiranya mahu bertemu dengan saya, iaitu tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard", dan beliau akur," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar bersama wartawan Malaysia di sini Jumaat.

Dalam pertemuan itu, beliau berkata Malaysia melahirkan pendirian tegas kepada Israel sekiranya mereka benar-benar ikhlas mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat, mereka harus mengiktiraf kerajaan Palestin.

"Jika Israel mahu menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri masih melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin dan negara-negara di sekelilingnya," katanya.

Ahmad Zahid ketika mengulas pertemuan selama 35 minit dengan Netanyahu berkata Malaysia sentiasa berdiri teguh di belakang negara seperti Lubnan, Syria dan Palestin bagi menghentikan kekejaman Israel seperti yang disuarakan oleh negara-negara anggota Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM) pada sidang kemuncak di Mesir baru-baru ini.

Beliau ketika ini mengadakan lawatan enam hari ke Lubnan.

Zahid Bertemu Ehud Barak, Bukan Benjamin Netanyahu Di Paris

KUALA LUMPUR, 18 Julai (Bernama) -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menemui Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu pada Pertunjukkan Udara Paris di Perancis bulan lepas seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Pegawai Khas (Media) Abd Halim Ab Majid di sini Sabtu, Ahmad Zahid sebaliknya bertemu Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail di pertunjukan udara itu.

Laporan sebelum ini menyatakan Ahmad Zahid pernah mengadakan pertemuan dengan Netanyahu semasa Pertunjukkan Udara Paris di Perancis Jun lepas bagi menjelaskan pendirian Malaysia berhubung isu Timur Tengah.

Ahmad Zahid kini berada di Lubnan untuk lawatan enam hari ke negara itu.

No comments: