JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 28, 2009

PENDAPATAN GOOGLE ADSENSE MEROSOT ?


Pada tahun lepas lagi saya sudah menyatakan pendapatan Google AdSense saya merosot. Saya merasakan Google juga tidak terlepas daripada kelembapan ekonomi yang melanda dunia.

Saya di Malaysia yang terletak di benua Asia. Di benua lain entah apa pula ceritanya. Kepada yang percaya bahawa kerja menulis blog boleh dijadikan pendapatan tetap. Saya kurang bersetuju. Kerana SAMSUNG suatu ketika dahulu pun kena bergantung kepada pertanian pokok tebu. Berulah ada SAMSUNG seperti hari ini. SAMSUNG tidak bermain Google AdSense atau MLM atau FOREX atau kutu untuk menjadi sebuah syarikat tersohor hari ini.

Kebergantungan SAMSUNG pada pertanian juga, dilihat sama konsepnya dengan manusia di bandar pada hari ini.

Kita di bandar banyak bergantung pada keringat (hasil usaha) warga kampung yang terdiri daripada para nelayan dan para petani. Warga bandar hanya perlu menunjukkan wang kertas tanpa berpuluh setitik pun, bagi mendapatkan hasil tani dan hasil laut. Sungguh bergaya. Tetapi apabila tiba saat inflasi, warga bandar mungkin ada yang mahu jadi warga kampung. Biasalah, manusia tak boleh hidup tanpa alam semula jadi.

Nek Arah, selaku jiran saya pernah bercerita mengenai taukeh Cina yang lebih menjaga para nelayan kita berbanding susuk-susuk ternama yang sekaum dengan para nelayan.

Apabila ikan sampai di persisiran pantai, taukeh Cina yang sapu dahulu. Nelayan suatu karier yang berisiko, ia banyak diceburi orang-orang Melayu. Walaupun mereka Melayu, tetapi apabila tiba di persisiran pantai, ikan-ikan dijual banyak kepada taukeh Cina.

Ini kerana taukeh Cina menawarkan harga yang tinggi pada setiap kilogram ikan berbanding taukeh yang bukan Cina.

Bukan itu sahaja, apabila tiba musim tengkujuh, ikan sukar ditangkap. Tatkala inilah taukeh datang membantu meringankan beban nelayan.

Berbalik pada Google AdSense, baru-baru ini saya ada menjumpai luahan orang ramai mengenai kejatuhan pendapatan mereka dengan Google AdSense di forum ini.

p/s: Pekerja Google pun makan hasil tani dan hasil laut. Jadi betullah apa yang Nabi S.A.W buat dahulu (mengembala kambing) memang menjamin bekalan makanan, tak kira di peringkat keluarga mahu pun dunia.

blogger hanief

No comments: