JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, July 28, 2009

Pemuda Pakatan tubuh majlis muafakat

Pemuda Pakatan Rakyat menubuhkan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat - dengan singkatan MAMPAT - bagi menguatkan lagi hubungan kerjasama politik antara PAS, PKR dan DAP.

Menurut satu kenyataan bersama, penubuhan MAMPAT juga untuk memberi kekuatan kepada Pemuda Pakatan merencana gerak kerja bersama pada setiap masa.

Kenyataan tersebut ditandatangi oleh pemimpin tiga sayap Pemuda Pakatan - Nasrudin Hassan (PAS), Shamsul Iskandar Mat Akin (AMK) dan Loke Siew Fook (DAPSY).

Mesyuarat pertama MAMPAT semalam, bersetuju anggota majlis tersebut yang terdiri daripada ketua, setiausaha dan tiga pemimpin tertinggi ketiga-tiga sayap itu, akan mengadakan mesyuarat bulanan secara tetap.

"Penubuhan majlis tersebut akan dapat membantu Pemuda Pakatan Rakyat menyelesaikan dengan lebih cepat, sebarang isu berbangkit yang melibatkan hubungan parti-parti dalam Pakatan," kata kenyataan itu lagi.

Menurut kenyataan itu lagi, MAMPAT juga menyokong penuh Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos ini.

Oleh itu, katanya, seluruh pemimpin dan ahli Pemuda Pakatan Rakyat akan menghadiri perhimpunan tersebut.

"MAMPAT percaya, himpunan tersebut akan berlangsung secara aman, sepertimana yang dirancangkan dan meminta kerjasama pihak polis untuk membantu mengawal keselamatan semua pihak," tegas kenyataan itu lagi.

malaysiakini

2 comments:

kota marudu,sabah said...

salam..

penubuhan MAMPAT amat bertepatan dengan masa dan keadaan kerana terlalu banyak serangan dan fitnah daripada BN sejak akhir-akhir ini. wajarlah pakatan rakyat dapat duduk semeja secara tetap untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. syabas dengan penubuhan MAMPAT!

sayang saya orang sabah tidak dapat ikut himpunan mansuh ISA.

hubungi saya: felixsalman@yahoo.com

kota marudu,sabah said...

salam..

penubuhan MAMPAT amat bertepatan dengan masa dan keadaan kerana terlalu banyak serangan dan fitnah daripada BN sejak akhir-akhir ini. wajarlah pakatan rakyat dapat duduk semeja secara tetap untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi. syabas dengan penubuhan MAMPAT!

sayang saya orang sabah tidak dapat ikut himpunan mansuh ISA.

hubungi saya: felixsalman@yahoo.com